Budaya Robot: Jepun Lawan Amerika II

504x_gundam_edited22

Kegilaan Jepun terhadap robot memang semakin menjadi-jadi. Terbaru, sebuah model berskala penuh setinggi 18 meter telah dibina di tengah-tengah kota Tokyo.  Para peminat siri ini dan otaku seluruh dunia memang teruja dengan perkembangan ini memang teruja dengan perkembangan ini. Akhirnya mereka dapat melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana imaginasi mereka kini telah diterjemahkan ke dunia nyata. Pada hemat saya, ini juga satu pengiktirafan bahawa fiksyen sains telah diterima sebagai budaya arus perdana.

Lebih menarik lagi Patrick Galbraith iaitu pengkaji di Universiti Tokyo berkongsi pendapat serupa dengan saya tentang perbezaan sikap terhadap robot dalam fiksyen sains antara Jepun dan Barat. Gundam yang bermula pada tahun 1970-an memaparkan pemuda yang mengemudi robot gergasi dan menggunakannya untuk menyelamatkan dunia. Berbeza dengan fiksyen sains Hollywood sezaman seperti Space Odyssey yang memaparkan bagaimana AI kapal angkasa mahu membunuh krewnya.

Tambah beliau lagi, “Jepun tidak terjebak dengan sudut pandang negatif selepas revolusi industri dan sebenarnya memandang teknologi sebagai harapan untuk masa hadapan.” Salah satu episod dalam siri Gundam terbaru berjudul Mirai No Tameni yang bermaksud Demi Masa Depan.

Apa pula sudut pandang fiksyen sains Melayu terhadap robot?

Gambar dicuplik dari Gizmodo

Kenyataan asal Patrick Galbraith di BBC

Satu Respons bagi “Budaya Robot: Jepun Lawan Amerika II”

  1. Torpedo Berkata:

    Pendapatku, robot, mecha dan segala mesin-mesin yang sejenis dengannya hanyalah merupakan alat ciptaan manusia saja dan tidak lebih dari itu. Jika robot itu membawa kebaikan,ia adalah hasil tangan manusia dengan ilmu yang dianugerahkan Allah SWT. Jika ia membawa keburukan, ia juga adalah hasil ciptaan manusia yang telah menyalahgunakan ilmu anugerah tuhan.

    Robot tidak sekali-kali akan mempunyai perasaan. Walaupun dikatakan perasaannya itu boleh diprogramkan. ia bukan perasaan atau emosi yang asli. Ia hanyalah data-data semata-mata. Bagi aku, perasan dan emosi adalah berpunca dari roh yang hanya boleh dicipta oleh Allah yang Maha Esa. Beza ciptaan tuhan dan ciptaan manusia, adalah roh. manusia tidak akan mampu mencipta roh.

    Oleh itu, dengan yakinnya aku akan mengatakan bahawa usaha-usaha saintis-saintis Jepun ingin membangunkan robot yang berperasaan seperti Doraemon tidak akan berjaya dicipta sampai kiamat.

    Ada yang tak setuju?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.