Crossover

225px-crisis1.jpg 225px-secretwars1.png

Dua komik ini adalah contoh crossover beberapa siri superhero. Crisis on Infinite Earths adalah crossover siri-siri DC Comics dan Secret Wars pula adalah crossover siri-siri Marvel.

Mungkin anda sudah dapat meneka apa maksud crossover melalui ilustrasi kulit komik-komik di atas. Kedua-duanya memaparkan pelbagai watak dari siri-siri yang tidak berkaitan. Ada hubungan pun atas sebab diterbitkan oleh syarikat yang sama.

Crossover berlaku apabila dua atau lebih watak, universe, setting, cerita dan media berjumpa lalu berinteraksi antara satu sama lain. Dalam Secret Wars misalnya, X-Men, Captain America, Spiderman, Dr. Doom, Dr. Octopus dan pelbagai watak lagi berkumpul dalam satu cerita. Crisis pula memuatkan watak seperti Superman, Supergirl, Batman, dan Robin.

Apa pula tujuan crossover dibuat? Secret Wars dibuat untuk melancarkan rangkaian permainan yang baru. Crisis pula diterbitkan untuk memudahkan dan menyatukan pelbagai jalan cerita yang mereka ada. Watak-watak DC Comics seperti Superman dan Batman tidak mempunyai backstory yang konsisten dan boleh diharap maka Crisis juga diharap menyelesaikan masalah continuity error yang ada. Contohnya, pelbagai versi cerita Superman semasa muda dan pelbagai kisah Bruce Wayne menjadi Batman.

Penghasilan crossover juga membantu syarikat-syarikat ini untuk menjual lebih banyak komik. Setiap siri mempunyai ramai peminat dan apabila digabungkan tentunya mempunyai audiens yang lebih luas. Siri crossover biasanya dibuat dalam siri terhad. Disasarkan semasa cuti musim panas, siri-siri ini memang laku! Siri yang dihasilkan pun 12, cukup-cukup sahaja untuk 3 bulan.

Bagaimana pula watak-watak ini dikumpulkan bersama? Secret Wars membawa watak-watak ke sebuah planet menggunakan teleportation. Crisis pula menggunakan konsep realiti alternatif. Hero-hero ini pula disatukan untuk menentang antagonis atau kumpulan antagonis yang kuat.

Hmm, saya teringin hendak menonton crossover Detektif Indigo Faisal Tehrani dengan Detective Conan Aoyama Gosho!

Imej: Marvel & DC Comics

P/S: Terima kasih kepada Tekong PSP kerana mempromosi blog ini! 

Advertisements

2 Respons to “Crossover”

  1. sab2 Says:

    Adinda Firdaus,
    assalamu’alaikum wm wb

    Menarik olahan dan minda fantasi penulisan mu.
    Hebat, sehebat orangnya!
    Teruskan penulisan dalam mengaplikasikan kepakaran,
    Yang pastinya ianya adalah sumbangan MEMANDAIKAN BANGSA.

  2. Saifuddin Says:

    Saudara Firdaus,

    Bagaimana pula dengan perkara berulang yang tidak lawak. Contohnya, dalam siri CSI Miami, pada babak awal siri tersebut, Leftenan Horatio tentu akan berkata sesuatu yang ‘power’ sambil memandang ke arah lain atau sambil membuka kaca mata hitamnya.

    Minta betulkan jika saya tersilap.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: