Umur Watak: Statik VS Dinamik

Apabila menghasilkan karya bersiri pengarang perlu menentukan tempoh masa yang diambil dan perkembangan umur watak-watak. Terdapat siri di mana watak-wataknya kekal pada umur yang sama dan ada pula siri yang wataknya meningkat umurnya siri demi siri.

250px-drmn_01.jpg

Watak Nobita dalam siri Doraemon kekal pada darjah empat pada keseluruhan 1,344 episod asal. Siri novel kanak-kanak lelaki Alex Rider pula kekal pada umur 14 tahun. Siri Harry Potter pula menunjukkan pertambahan umur siri demi siri, begitu juga dengan Star Wars. Kedua-dua pendekatan ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Pendekatan umur watak yang statik nampaknya lebih popular di kalangan siri animasi kanak-kanak.  Teknik ini membolehkan begitu banyak siri dihasilkan tanpa mempedulikan kepada perkembangan watak sangat. Episod-episodnya boleh berdiri sendiri tanpa bergantung kepada episod-episod sebelumnya.

anakin_syndrome_wide.jpg

Namun begitu, siri yang menggunakan teknik ini selalunya tidak diadaptasi menjadi siri filem. Masakan tidak, umur pelakon akan bertambah tetapi umur wataknya kekal begitu. Lebih-lebih lagi kalau watak itu adalah kanak-kanak atau remaja. Namun begitu, novel pertama Alex Rider telah diadaptasi menjadi filem. Saya ternanti-nanti bagaimana mereka menguruskannya untuk novel kedua pula.

Dalam siri-siri membenarkan umur wataknya bertambah pembaca dapat melihat watak-watak itu membesar dan semakin matang. Adaptasi filem Harry Potter adalah contoh baik dalam perkara ini. Kita dapat melihat bagaimana pelakon-pelakon yang membawa watak itu membesar seiring dengan cerita tersebut.

Harry Potter bernasib baik kerana mendapat sambutan hangat dan dapat difilemkan tahun demi tahun. Bagaimana pula kalau terhenti di tengah jalan? Jika ditinggalkan terlalu lama tentunya perlu mencari pelakon lain pula. Star Wars Episod I-III mengelakkan masalah ini dengan melakukan lompatan umur yang signifikan antara Episod I dan II. Antara Episod II dan III pula umur wataknya sudah agak stabil dan tidak sukar bagi pelakon yang sama mengambil wataknya.

Star Wars Episod IV-VI pula meletakkan umur wataknya di mana sesorang itu tidak akan banyak membesar lagi. Oleh itu, tidak sukar untuk menggunakan pelakon yang sama walaupun sela masa antaranya adalah agak jauh. Solekan sudah cukup untuk memberi kesan umur yang diperlukan.

Advertisements

2 Respons to “Umur Watak: Statik VS Dinamik”

  1. Norjihan Says:

    Saudara Firdaus,

    Saya terbaca artikel daripada temuramah antara 3 penulis novel fantasi – Philip Pullman, Tamara Peirce dan Christopher Paolini. Berikut adalah link ke artikel tersebut:

    http://www.alagaesia.com/news_interview.htm

    Semoga perkongsian ilmu dan kajian yang dilakukan oleh Saudara Firdaus mendapat balasan di samping memberi manfaat kepada mereka yang berfikir.

    Buat masa ini saya belum mempunyai keberanian dan keyakinan untuk menulis cerita fantasi, mungkin suatu hari nanti.

    Saya suka membaca novel fantasi, tapi saya lebih seronok membaca dari dimensi kemanusiaan dan psikologi. Mungkin tidak lama lagi saya akan membuka blog untuk menyentuh bab ini, bolehlah jadi pelengkap kepada blog ini. buat masa ini, saya tidak banyak masa terluang, banyak kerja-kerja perakaunan dan audit nak kena buat. Sakit kepala…..

    Terima kasih dan teruskan perjuangan saudara.

  2. Firdaus Says:

    Saudari Norjihan; terima kasih banyak-banyak atas sokongan yang diberikan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: