Formula Hero Jepun

Di Jepun, ada begitu banyak siri-siri komik dan animasi diterbitkan saban tahun. Pelbagai topik yang diketengahkan seperti sukan, makhluk asing, angkasa lepas, mecha, drama sekolah hinggalah kepada tukang masak. Namun begitu, siri-siri yang berjaya nampaknya mempunyai formula tertentu.

Formula Hero Jepun ini melihat kepada persamaan antara watak-watak dalam siri-siri anime popular. Tidaklah semua hero mempunyai kesemua ciri yang dinyatakan tetapi cuma berbeza di beberapa ciri. Tidak lupa juga melihat kepada ciri-ciri heroin. Kadang-kala sudah semacam cliche pula! Apa pun, saya percaya ada sesuatu yang kita dapat belajar daripada ‘formula’ mereka ini.

250px-drmn_01.jpg 180px-tajukagebunshinnojutsu.jpg

Ciri 1: Lemah Dalam Bidang Akademik & Pengetahuan

Ciri klasik ini terdapat pada Nobita dari siri Doraemon, selalu sangatlah dia mendapat markah kosong dalam ujian. Watak Naruto juga lemah dalam bidang akademik, sehinggakan dia masih tidak melepasi ujian kelayakan ninja walaupun rakan-rakannya sudah mencapai tahap jurulatih. Hero siri Pokemon, Ash Ketchum juga dipaparkan sebagai lemah dalam beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh pelatih Pokemon seperti jenis serangan apa yang perlu digunakan. Gary, antagonis siri ini dipaparkan sebagai lebih bijak dan mahir dalam mengendalikan Pokemon.

Ciri 2: Heroin Merupakan Seorang Yang Pintar

Untuk mengimbangi kekurangan hero, heroin dijadikan lebih pandai. Watak Sakura dalam siri Naruto selalu menerangkan perkara-perkara teknikal dan memberi tunjuk ajar kepada Naruto. Perkara asas seperti mengawal ‘chakra’ sekalipun heroin ini terangkan. Begitu juga dengan Misty dalam siri Pokemon yang selalu meleter kepada Ash Ketchum.

Boleh dikatakan ciri ini seperti sengaja dibuat oleh pencipta siri sebagai ‘plot dump’ untuk menerangkan tentang dunia serta backstory siri tersebut. Menurut J.K Rowling, kepintaran watak Hermione Granger juga membolehkan dia digunakan untuk menerangkan tentang dunia Harry Potter kepada pembaca dan penonton.

Ciri 3: Hero Bertindak Mengikut Naluri, Bakat & Kuasa Terpendam

Nobita memang seorang yang pengalah, namun apabila dia menjadi hero dia menggunakan bakatnya yang luar biasa terutamanya dalam bidang menembak. Dia tidak mendapat latihan formal dalam perkara ini namun kemahirannya setaraf dengan para penembak tepat.

Naruto pula mempunyai kuasa terpendam yang besar dalam dirinya sehingga mampu melakukan teknik-teknik yang setaraf dengan ninja-ninja agung seperti memanggil Gamabunta & teknik Taaji Kage Bunshin No Jutsu. Watak Kurosaki Ichigo dalam siri Bleach juga mempunyai ciri yang sama, tenaga yang besar dan teknik-teknik yang setaraf dengan ketua-ketua shinigami.

Nanti saya sambung lagi dalam entri akan datang! πŸ™‚

Advertisements

14 Respons to “Formula Hero Jepun”

  1. Luqman Says:

    Ada cerita jepun tak memerlukan heroin yang pintar, one piece, yakitate japan, johan bolasepak (J Dream). hahaha.. kesemuanya hanya memerlukan hero yang luar biasa dalam bidang tapi bodoh

  2. Azree MH Says:

    Mungkin inilah yang menyebabkan hero-hero mereka disukai ramai. Sebab yang menontonnya juga adalah orang biasa-biasa(ada kelemahan).

    Satu lagi ciri. Pada pertengahan cerita, hero Jepun itu akan cuba mengatasi kelemahan mereka. Jadi, itu boleh menjadi satu motivasi kepada ‘kanak-kanak’ yang menonton. πŸ™‚

    P/s: Kita ni masih boleh masuk kategori kanak-kanak lagi tak?

  3. SifuPTS Says:

    Saya sangat suka membaca komen Sdr Luqman dan Azree. Hmm… saya dapat idea untuk menulis entri dalam UNIKA!

  4. norjihan Says:

    Saya memang suka menonton Naruto dan Bleach. Dan juga peminat Harry Potter dan Eragon. Walaupun bukan dalam kategori kanak-kanak (saya rasa menonton dan membaca siri-siri sebegini boleh awet muda dan sebagai terapi minda), saya sering membincangkan tentang keempat-empat siri ini dengan anak-anak saudara saya yang masih remaja. Sebenarnya ini juga boleh mendekatkan kita dengan mereka dan mengurangkan jurang generasi antara kami kerana berkongsi minat yang sama.

    Antara yang menjadi hiburan adalah heronya yang bukan genius dan perfect sepertimana dalam James Bond. Ketidaksempurnaan itu menjadikan cerita itu lebih realistik. Dan kebodohan dan ketidakmatangan mereka itulah yang menghiburkan dan mendekatkan mereka di hati peminat.

    Tapi, yang menjadi sumber inspirasi adalah dari sudut psikologi, hero-hero ini tidak mudah putus asa dan semangat juang yang tinggi serta tidak mudah mengaku kalah. Mereka juga amat menghargai perhubungan sesama makhluk dan yang penting amat menghargai nilai persahabatan dan setiakawan. Tiada isu dendam dan khianat. Malahan watak antagonis dalam Naruto juga dikisahkan lahir dari penderitaan hidup. Malah ada yang akhirnya insaf dan menjadi baik contoh Gaara.

    OH ya, dalam semua siri ini (kecuali Eragon) meletakkan watak heroin sebagai bijak, pemikir dan lebih matang. Kenapa ya? πŸ™‚

  5. zulkhair Says:

    Menarik analisis sdra. Saya juga sedang menganalisis watak2 komik dan animasi sedia ada.

  6. Firdaus Says:

    Luqman; Bukan semua ciri-ciri ini ada pada semua siri. Saya sekadar menukilkan ciri-ciri yang selalu muncul.

    Azree; Yang pasti, jiwa muda!

    Sifu; Saya menanti entri Sifu!

    Norjihan; Watak heroin bijak, pemikir dan lebih matang menjadi ‘plot dump’ – yakni penunjuk arah bagi cerita. Juga memastikan hero di jalan yang betul agaknya.

    Zulkhair; Terima Kasih, harap dapat berkongsi analisis saudata.

  7. tintamadani Says:

    Cerita-cerita dari jepun, boleh lah dikatakan hampir kepada “terbaik”. isunya, macam mana firdaus cakap, adalah tentang ciri-ciri yang hampir sama pada setiap jalan cerita yang wujud.

    Saya nak sempitkan sket isu ni dengan cerita masked rider.boleh? πŸ˜›

    masked rider adalah satu konsep cerita yang asasnya adalah perubahan kostume dengan talipinggang istimewa Rider. Pada awalnya (dalam masked rider the first), cuma ada kipas warna merah yang berpusing, kemudian tambah effect cahaya, dan sekarang ni (dalam Den O), bila “henshin” je, CGI merubah keseluruhan kostume bermula cuma dari sekeping kad mainan, memanggil 4 jenis imagin (boleh kata macam jin jugak la, hahaha) merasuk ke dalam Rider dan memberikan kekuatan berbeza mengikut jin-jin yang merasuk.

    Masked rider, walau apa pun konsep elemen yang dibawa, tetap akan ada penonton setianya walau pun di Malaysia.

    Soalan yang saya nak bawakan,

    “apa akan jadi sekiranya kita (penulis Melayu) mewujudkan satu hero yang memanggil semangat-semangat pendekar terdahulu, menggunakan tengkolok,dan meng”henshin”kan diri menggunakan keris yang diletak didepan muka, yang ada element saintifik (contohnya kita letakkan semangat pendekat Tok Janggut pada element angin, macam Ryuuotaros dengan element Naga)?”

    “apa akan jadi sekiranya cerita ini dijadikan ke dalam bentuk novel grafik?”

    “berapa lamakah masa yang kita ada untuk kita serapkan konsep ini ke dalam cerita2 sai-fai akan datang?”

    “macamana dengan penerimaan umum, perlukah kita mempertimbangkannya untuk memulakan revolusi ini? atau kita patut cuba dulu?”

    Mari kita dengar reply dari Firdaus πŸ˜‰

  8. Firdaus Says:

    Soalan Saudara Fahmi(tintamadani) mengingatkan saya kepada filem animasi Silat Lagenda sebenarnya. Dalam filem itu, mereka menjelma menjadi pendekar dengan senjata-senjata seperti keris, lembing, perisai & sebagainya. Nama mereka juga berdasarkan Hang Tuah lima bersaudara.

    Namun begitu, bab memanggil ‘semangat-semangat’ ini perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana khuatir menjerumus kepada khurafat. Namun begitu, saya ada terfikir beberapa ;’plot device’ sai-fai yang dapat mengelakkan masalah tersebut.

    Bagusnya projek ini adalah kerana kita dapat mengajak golongan muda menghargai jasa pejuang-pejuang ini. Lebih baik lagi jika kita dapat menjadikan mereka ‘tidak terlalu nostalgik’ dan maju ke hadapan.

    Novel grafik? Memang menarik jika dibuat novel grafik. Dan jika ada penulisnya memang boleh diserapkan segera dalam cerita-cerita sai-fai. Boleh sahaja saya sediakan konsepnya – saudara yang menulis. Boleh?

    Bukannya apa, saya sudah cukup tajuk untuk dibuat karya. Malah malam semalam ada dapat idea novel cinta yang heronya adalah saudara! (Dan ….) Hehe. 😈 😈

    Tentang penerimaaan masyarakat, usahlah dirisaukan sangat. Tulis sahaja ceritanya! (Rasanya sebentar lagi Sifu pun akan kata begitu juga… πŸ˜‰ )

  9. tintamadani Says:

    Wah wah wah firdaus. saya dan teman saya jadi watak utama dalam cerita kamu? πŸ˜›

    saya pun dah dapat ilham juga, (boleh kata mcm konsep, tapi masih dalam jalur idea lagi, lum fully materialized) untuk cerita ni. bleh juga klu kita boleh duduk bincang2 πŸ™‚

    menariknya. tak sabar juga nak mulakan cerita yang sebegini. kena mula ke perpustakaan negara dan arkib negara untuk cari bahan2 berkaitan tokoh pejuang yang hendak dipilih, sebab tak mampu nak masukkan semua. kalau nak masukkan semua yang ada dalam buku teks sejarah PMR pun, kita kena buat dalam bentuk novel episodic@saga.. ada buku satu, dua, tiga..

    last skali, kita boleh jadikan cerita ni macam heroes juga. ada banyak superheroes yang kuar ikut timeline..satu demi satu. kut? πŸ˜‰

  10. mira Says:

    apa benda la korang merepek ni.. hehe. cukuplah orang putih je yang merepek.

    setakat ambil tokoh pahlawan melayu dan sejarah perjuangannya pun dah cukup baik.

    nabi yang ada mukjizat pun takde sampai keluar chakra, api dan elektrik. macam x-men, charm, mutant-x dan lainΒ². [menambah hero juga rupanya saya]

    yang penting ialah nak sampaikan kepada masyarakat apa yang ada dalam quran dan sunnah. selagi selari, teruskan. kalau tak ada..

    [dalam quran ada cakap ke pasal powerΒ² sume ni? saya tak tahu]

  11. Firdaus Says:

    Boys will be boys, Mira. Biasalah merepek dan merapu perkara-perkara fantasi ini. Melalui fantasilah menjadi wadah untuk menyampaikan mesej kepada adik-adik lelaki kita di luar sana.

    Kuasa-kuasa fantastik itu semua kegilaan budak-budak lelaki dan oleh itu kita perlu memberi mereka kuasa-kuasa itu dengan cara yang selari dengan Quran & Sunnah. Ada caranya. πŸ˜€

  12. Formula Hero Jepun II at Studio Inspirasi Says:

    […] Sambungan dari Formula Hero Jepun: […]

  13. oyakobazaar Says:

    buat apa2 pun biarlah bersederhana & istiqamah

  14. Firdaus Says:

    Terima kasih atas ingatan. πŸ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: