Archive for November 2007

Naga & Agama

November 30, 2007

150px-hmsdragon.jpg Selalunya apabila membicarakan tentang fantasi dan fiksyen sains, karya-karyanya bersifat sekular. Sekular dalam erti kata tiada disebut dengan nyata agama apa yang dianuti oleh watak-watak. Cerita fantasi selalunya lebih kepada kepercayaan dewa-dewi sedangkan fiksyen sains pula selalunya bersifat atheis.

Namun dalam siri Temeraire, ada dua peristiwa yang menunjukkan dengan jelas tentang dua agama utama dunia iaitu Islam & Kristian. Siri Temeraire adalah satu siri fantasi dan alternate history di mana semasa Perang Napoleon naga-naga serta para penunggang naga digunakan sebagai tentera udara. Bayangkan semasa era Imperialism sudah ada pertempuran udara. Naga-naga ini pula berakal dan mampu berfikir seperti manusia, bahkan lebih baik lagi.

Dalam buku ketiga iaitu Black Powder War, Temeraire dan penunggangnya Lawrence singgah di Asia Tengah sekitar Kazakhtan. Masyarakat di situ beragama Islam serta naga mereka turut sama bersujud dan bersolat di dataran kota.

Dalam buku keempat – Empire of Ivory pula, terdapat satu peristiwa di mana Temeraire berbincang dengan Reverend Josiah tentang Kristian. Reverend Josiah mengatakan bahawa bahawa naga tidak tertakluk kepada ‘Original Sin’. Oleh itu, Kristian tidak relevan kepada naga kerana tiada ‘Original Sin’ yang hendak dihapuskan.

Jadi, apakah pemerhatian yang dibuat oleh pembaca dalam dua-dua kes ini? Dalam Islam, semua makhluk adalah ciptaan Tuhan dan perlu tunduk kepada-Nya. Semua makhluk beribadah kepada-Nya dengan cara yang tersendiri. Sedangkan Kristian pula relevan kepada manusia sahaja. Tambahan pula, watak orang Eropah dalam siri ini memandang hina kepada Reverend Josiah yang berkulit hitam sungguhpun mereka menganut agama yang sama.

Hakcipta Lirik Dalam Novel

November 28, 2007

mitch.jpgKadangkala, lirik lagu digunakan dalam novel. Sebagai contoh, ‘For One More Day’ karya Mitch Albom. Dalam novel tersebut, watak Pauline gemar menyanyikan lagu “This Could Be the Start of Something Big”. Penggunannya dalam karya memerlukan kezinan kerana lirik lagu itu mempunyai hakcipta tersendiri. Dalam muka surat pernyataan hakcipta ia ditulis seperti berikut:

“This Could Be the Start of Something Big”
Copyright (C) 1956 Rosemeadow Publishing Corp.
Copyright Renewed 1984, Assigned to Meadowlands Music, Inc.
International Copyright Secured. All Right Reserved. Used by permission.

Seperkara lagi, hatta review dalam majalah mempunyai hakcipta:

From Publishers Weekly
In this second novel from Tuesdays with Morrie and The Five People You Meet in Heaven author Albom, grief-stricken Charles “Chick” Benetto goes into an alcoholic tailspin when his always-attentive mother, Pauline, dies. Framed as an “as told to” story, Chick quickly narrates her funeral; his drink-fueled loss of savings, job (“sales”) and family; and his descent into loneliness and isolation. After a suicide attempt, Chick encounters Pauline’s ghost. Together, the two revisit Pauline’s travails raising her children alone after his father abandons them: she braves the town’s disapproval of her divorce and works at a beauty parlor, taking an extra job to put money aside for the children’s education. Pauline cringes at the heartache Chick inflicted as a demanding child, obnoxious teen and brusque, oblivious adult chasing the will-o’-the-wisp of a baseball career. Through their story, Albom foregrounds family sanctity, maternal self-sacrifice and the destructive power of personal ambition and male self-involvement. He wields pathos as if it were a Louisville Slugger—shoveling dirt into Pauline’s grave, Chick hears her spirit cry out, ” ‘Oh, Charley. How could you?’ “—but Albom often strikes a nerve on his way to the heart. (Sept. 26)
Copyright © Reed Business Information, a division of Reed Elsevier Inc. All rights reserved.

Nasihat Yang Praktikal

November 22, 2007

S. Othman Kelantan Kata Sasterawan Negara S. Othman Kelantan, penulis perlu praktikal tidak tunggu teori. Untuk menulis, perkara berikut diperlukan:

  1. Keazaman untuk menulis
  2. Imaginasi, sensitivit, kreativiti dan perspektif
  3. Pemikiran yang pelbagai
  4. Menganggap menulis sebagai ibadah

AMUK

November 11, 2007

Mempersembahkan cerpen fiksyen sains karya Ahmad Patria Abdullah. Terima kasih banyak-banyak kepada penulis fiksyen sains Anis Sarah kerana sudi scan dan berkongi bahan dari arkibnya.


Senja merah telah pun bertukar menjadi malam hitam ketika aku sampai di rumah. Proton Solarku berdesir perlahan dan kemudian terus senyap apabila aku mematikan enjinnnya di dalam garaj. Perlahan-perlahan katarodku mendarat di atas bumi. Pintunya terbuka secara automatik. Aku pun melangkah keluar dengan perasaan lega setelah sehari suntuk bekerja di pejabat. Pak Karim yang setia menantiku, seperti biasa menyambutku dengan senyum mesra.

“Assalamualaikum, Mus,” katanya sambil menyambut begku.

“Waalaikumussalam,” sahutku sambil membalas senyumannya.

“Bagaimana dengan kerja Mus hari ini? Bagus?” tanya Pak Karim semasa mengiringi aku ke dalam rumah.

“Seperti biasa. Tandatangan itu, tandatangan ini, naik lenguh tangan,” ujarku separuh berjenaka.

Wajah Pak Karim yang sudah separuh abad itu menguntumkan sebuah senyuman mesar. Namun tubuhnya yang sihat dan gagah itu seolah-olah menafikan bahawa umurnya telah lanjut. Dia telah bekerja denganku selama sepuluh tahun. Dalam tempoh itu, dia telah membuktikan dirinya sebagai seorang yang patuh, setia dan amanah terhadap tugasnya. Sikapnya yang memahami jiwaku sebagai seorang yang lebih muda darinya menyebabkan terjalinnya satu talian hubungan yang erat di antara kami. Orang seperti Pak Karim, amat sukar ditemui. Aku bertuah mempunyai penjaga rumah sepertinya.

“Ah, tapi tandatangan seorang jutawan seperti Mus tentu jauh lebih berharga, mungkin bernilai jutaan ringgit jika dibandingkan dengan tandatangan Pak Karim,” sahut Pak Karim. Dia meletakkan begku di dalam bilik dan kemudian menjemput aku minum the.

“Mus sepatutnya mencari seorang isteri untuk menjaga segala keperluan Mus di rumah,” Pak Karim menyambung perbualan kami sambil menjeling ke arahku dengan penuh makna. Kata-katanya menarik satu senyuman nipis meniti di bibirku.

“Mungkin masanya belum tiba,” balasku ringkas. Namun kata-kata Pak Karim itu mempunyai kebenarannya. Kadang-kadang memang aku berasa sunyi tetapi aku mempunyai tugas yang lebih penting daripada menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tugas untuk negara menuntut sepenuh pengorbanan dariku. Secara zahirnya, aku seperti orang lain tetapi di sebalik kenormalan tiu, tersembunyi satu dunia lain. Di dalamnya, hidupku penuh bahaya. Rahsia inilah yang menyebabkan hatiku tertutup rapat.

(more…)

Ada Apa Dengan Manga?

November 8, 2007

“Di Kinokuniya mereka telah alihkan buku-buku mangga tu ke tempat lain. Susunan buku-buku sudah banyak berubah.”

“Bukan mangga, Pak Adib. Manga, dalam bahasa mudahnya bermaksud komik Jepun.”

Itulah sebahagian perbualan dengan mentor saya minggu lepas semasa kami beriadah di Taman KLCC. Beliau memang kaki buku tetapi sebagai generasi tua tentunya kurang terdedah dengan komik. Mungkin juga ada di kalangan generasi muda yang tidak tahu isitilah ini walaupun sebenarnya sudah biasa membacanya.

230px-monkey_d_luffy.png

Berbalik semula kepada topik manga, istilah ini selalu digunakan untuk merujuk komik dari Jepun. Biasanya manga dilukis dalam format hitam putih dan disiarkan secara bersiri dalam majalah. Siri manga yang hit selalunya dijadikan kompilasi dan dijual sebagai produk berasingan. Manga yang telah dikompilasi dikenali sebagai tankobon.

250px-dragonballz-episode287_188.jpg

Di Malaysia, kebanyakan manga yang diterbitkan dalam bentuk tankobon. Antara siri yang terdapat di Malaysia adalah Naruto, Doraemon, Detective Conan, dan One Piece. Majalah Arena dan Kreko pula menyiarkan manga secara bersiri sebagaimana format asal.

Apabila manga dijadikan animasi, ia dikenali sebagai anime. Siri manga yang disebut di atas semuanya mempunyai siri anime masing-masing. Jalan cerita dalam anime dan manga mungkin sama seperti Doraemon atau anime mempunyai lebih banyak episod seperti Naruto. Jalan cerita manga Fullmetal Alchemist pula berbeza daripada siri animasinya.

WebTV Yang Bagus!

November 6, 2007

wired.jpg

Laman Wired.com memang selalu menjadi kunjungan untuk rujukan berita-berita terkini tentang bidang sains dan teknologi. Beza Wired.com dengan laman web ialah mereka menumpukan juga kepada aspek budaya dan sosial yang melibatkan sains dan teknologi. Fiksyen sains yang baik selalunya membincangkan aspek sosial, maka ini tentunya satu rujukan yang baik.

Tambah menarik lagi, mereka kini mengendalikan satu rancangan dokumentari Wired Science di stesen PBS. PBS memang tidak tersiar di negara ini, hatta melalui Astro sekali pun. Namun, mereka mempunyai versi Web di http://www.pbs.org/kcet/wiredscience/.  Malah, beberapa video adalah siaran eksklusif di web sahaja.

Dokumentari yang disiarkan adalah ringkas dan padat namun telah banyak saya pelajari. Antara yang menarik perhatian adalah teori bagaimana memori otak berfungsi, peranan mimik muka dalam perhubungan serta perang siber. Temuramah dengan arkitek Cameron Sinclair juga menarik perhatian, beliau menerangkan bahawa khemah baru UN mengambil kira sensitiviti kaum dan agama. Beliau memberi contoh bagaimana di kalangan masyarakat Muslim pemisahan antara lelaki dan perempuan adalah penting.

Ini adalah satu perkembangan menarik, tetapi sedih mengenangkan betapa ramai saudara seagama kita masih bergantung hidup kepada UN dan hidup di dalam khemah. Namun, saya gembira apabila melihat seorang penyelidik Muslimah bertudung muncul dalam dokumentari tentang perisian yang mampu mengecam mimik muka.

Menulis fiksyen sains bukan sahaja perlu belajar tentang sains dan teknologi, tetapi aspek sosial dan sejarah. Satu-satu karya itu memerlukan input yang meluas sebagai bahan. Seperkara lagi, dalam dokumentari ini para hos menunjukkan sikap bahawa sains itu seronok, tidak seperti dokumentari tempatan yang bernada mendatar sahaja.

p/s: Tak sabar tunggu WebTV PTS.

Sekitar Bengkel Penulisan Cereka

November 3, 2007

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Bengkel Penulisan Cereka di ASWARA. Banyak nama-nama besar yang hadir, buat masa ini silalah lihat foto dahulu di http://www.flickr.com/photos/ibnu_ariff/tags/aswara/. Nanti bila ada kelapangan, saya huraikan ilmu-ilmu yang saya dapati.

Eyes of a Great Writer

Gambar Pak Samad yang ini saya memang suka! 🙂