Archive for Februari 2008

Bersedia Untuk Membedah Buku!

Februari 28, 2008

duneextendeddvd.jpg Novel Dune karya Frank Herbert dikatakan sebagai salah satu novel fiksyen sains teragung dan paling laris jualannya. Dune juga diiktiraf sebagai novel fiksyen sains yang pertama membincangkan ekologi secara serius. Planet Arrakis dan cacing-cacing gergasinya memainkan peranan besar dalam saga ini.

Namun, pembedahan buku ini nanti bukanlah review kerana sudah terlalu banyak ulasan yang ditulis sebelum ini. Sebaliknya, kita akan sama-sama menyorot isu-isu yang diketengahkan Frank Herbert dalam Dune. Antara isu tersebut adalah:

  • Pluralisme agama
  • Ekstremism dan terrorism
  • Bayangan budaya Melayu dalam Dune

Bagaimana, menarik bukan? Saya menjemput rakan-rakan sekalian untuk memberi pendapat bagi isu ini. Silakan emel saya di ibnu.ariff@gmail.com atau tinggalkan komen di entri ini.

Advertisements

Cabaran Bersahut

Februari 25, 2008

Faisal Tehrani, Sayap Adinila & I

Originally uploaded by Firdaus Ibnu Ariff

Semasa di seminar anjuran ASWARA November lepas, Faisal Tehrani menulis satu cabaran di buku nota saya. Catatan beliau; “Segeralah berkarya, jangan mencatat saja.”

Breakfast

Pada masa itu, Sayap Adinila baru seminggu siap ditulis maka saya tidak boleh berkata tidak kepada catatan Faisal Tehrani. Setelah hampir empat bulan, barulah Sayap Adinila siap dicetak.

Dengar sahaja beliau hendak turun ke UIA, cepat-cepat mendaftar dengan pihak penganjur. Dipendekkan cerita, saya dapat menyerahkan Sayap Adinila kepada beliau semalam. Katanya; “Tunggu review di blog!”

Jemput ke MASKARA 7!

Februari 20, 2008

maskara7.jpg

Dalam asakan slogan-slogan politik sempena Pilihan Raya apa kata kita berehat sebentar di MASKARA – Majlis Baca Naskhah Rakan-rakan Yang Kita Suka pada 1 Mac hadapan. Tempatnya di Rumah PENA dan acara akan bermula pukul 8.30 malam.

Pada malam tersebut, novel sai-fai Opera Angkasa & Sayap Adinila akan dilancarkan. Oleh itu, jemput datang beramai-ramai memeriahkan suasana!

Mahu maklumat lanjut? Tanya Sindiket Sol-Jah. 🙂

Fiksyen Sains Menjadi Realiti

Februari 18, 2008

feb1508-car.jpg

Dalam filem James Bond – the Spy Who Loved Me, salah satu babak yang ikonik adalah semasa Lotus Espirit yang dipandu James Bond menjadi kapal selam. Ramai penonton teringat-ingat babak itu dan berangan-angan tentangya. Namun, Frank Rinderknecht berusaha menjadikannya kenyataan. Setelah 30 tahun, sQuba akhirnya menjadi kenyataan. Malah, warnanya sama dengan Lotus Espirit dalam filem tahun 1977 itu.

Nah, fiksyen sains barat telah menjadi inspirasi untuk para saintis dan pereka. Kini tiba masanya kita memberi inspirasi kepada para pembaca melalui fiksyen sains kita sendiri!

*Sayap Adinila Telah Mendarat

Februari 11, 2008

sayap2-s.jpg

Semasa blog ini baru dibuka dahulu, pelbagai respon yang diterima. Rata-ratanya positif, tetapi tidak kurang yang pesimistik seperti yang di bawah:

Ini bukan cara genius….kita terlalu banyak bercakap dan mengulas tentang apa yang telah di capai oleh orang luar sedangkan membuat atau mengusahakan spt apa yg mereka lakukan jauh sekali.Budaya ini sama sahaja di jabatan2 kerajaan yang terlalu banyak seminar dan kursus…hasil pencapaian macam tu jugak.jadi fikir2 kan lah….

Tetapi hari ini, omongan pesimis ini telah dapat disangkal dengan kelahiran ‘Sayap Adinila’ – sebuah karya sains & fantasi yang mengikut acuan kita sendiri. Seterusnya, tunggu sahaja bagaimana penerimaan masyarakat.

Satu impian saya telah termakbul hari ini, yakni ingin menghasilkan sebuah novel yang diterbitkan oleh sebuah penerbit komersil. Moga-moga ini menjadi titik-tolak yang baik untuk mencapai impian seterusnya iaitu menjadi penulis sepenuh masa.

Untuk rakan-rakan yang ternanti-nanti untuk mendapatkan Sayap Adinila boleh beli terus dari saya. Buat masa ini belum ada di kedai. Jika ragu, silakan download preview-sayap-adinila.pdf. Saya amat menanti-nanti maklumbalas daripada anda!

Terima Kasih!

Februari 6, 2008

sayap2-s.jpg

Baru tadi saya menerima panggilan dari Saudara Mat Jan bahawa Sayap Adinila sudah siap dicetak. Oleh itu saya dedikasikan jutaan terima kasih kepada:

  • Ibu & Ayah, atas restu dan sokongan yang tidak pernah putus. 
  • Adik-adik yang suka membaca.
  • Keluarga yang besar di Pagoh dan Jengka yang mewarnai kehidupan. 
  • Para guru, dari tadika hinggalah ke universiti.
  • Rakan-rakan di SMART yang mencetus minat menulis. 
  • Sri Diah, Tuan MBA, Rudy & Eida kerana membawa saya ke dunia penulisan.
  • Pn. Ainon & Mat Jan kerana menjadikan buku satu kenyataan. 
  • Shah Kirit, Lim Jooi Soon & Engku Fauzi yang menjadi inspirasi dan membuka minda.
  • Zamri, Syarafuddin, Azrul & semua rakan penulis yang memberi dorongan. 
  • Rakan-rakan Madani yang mengajarku erti persahabatan.

Bila Bertangguh…

Februari 4, 2008

Kadang kala, kita ni pelik. Suka ambil mudah tentang perkara di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi bila perkara itu kerap kita temui. Duduk dalam komuniti PTS, berjumpa dengan penulis adalah perkara biasa. Jadi, selalu berkata dalam hati – “Nantilah minta autograf, esok-esok jumpa lagi di bengkel dan program.”

Namun, berita hari ini mengetuk kesedaran bahawa seseorang itu boleh pergi dipanggil begitu sahaja. Sedangkan di rak  ada banyak lagi buku-buku penulis PTS yang tidak diautograf. Bukan autograf itu yang penting, tapi silaturahim dan perkongsian itu yang amat bermakna. Maka, hargailah rakan-rakan dan sifu-sifu anda.

Al-Fatihah buat Saudara Zafran 

Rajuk Seorang Sasterawan

Februari 3, 2008

Samad Said

Originally uploaded by sufian_abas

“SAYA kini mantan Sasterawan Negara dan tidak mahu lagi menggunakan gelaran tersebut. Saya juga tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas).

“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’

Dipetik dari Utusan