Archive for April 2008

Pesta Khatan di Kemboja

April 24, 2008

Pesta Khatan Kemboja

Antara aktiviti utama kami semasa di Kampung Dam Sbai, Battambang, Kemboja adalah mengkhatankan kanak-kanak lelaki Islam di sana. Kami datang dengan dengan dua doktor – Dr. Ariff & Dr. Dinon serta dua pelajar kejururawatan dan seorang pelajar perubatan sebagai pembantu. Kos untuk berkhatan di Kemboja adalah sekitar RM30 hingga RM50 tetapi dengan pendapatan yang kecil keutamaan adalah untuk membeli makanan. Bayangkan, gaji polis hanyalah sekitar RM100-RM200.

Jadi, apabila mengetahui kami menawarkan khidmat khatan secara percuma maka ramailah yang datang. Suasananya semacam pesta kerana begitu ramai kanak-kanak yang datang. Ada yang datang dengan ibu bapa, ada juga yang datang sendiri atau bersama rakan-rakan. Kanak-kanak perempuan juga turut datang mengikut abang atau ibu bapa mereka.

Tempat berkhatan adalah di perkarangan masjid – cukup sekadar meja, kerusi dan tirai untuk dijadikan dewan bedah. Segala peralatan dan ubat-ubatan adalah dibawa dari Malaysia.

Pesta Khatan Kemboja

Pada hari pertama, kami tidak bersedia untuk menghadapi kehadiran begitu ramai peserta. Akibatnya, langsung tiada sistem giliran. Siap seorang dikhatankan, tiga lagi sudah melompat naik ke atas meja untuk berkhatan. Kata Dr. Dinon, “Aku tak peduli, siapa naik aku potong. Pandai-pandai kamu semualah hendak bagi siapa dulu berkhatan.”

Maka, terpulanglah kepada mereka berebut-rebut untuk bersunat. Syukur tidak timbul sebarang kekecohan atau pergaduhan. Anak-anak Kemboja memang cekal hatinya, amat sukarlah untuk mendengar tangisan semasa berkhatan. Siap berkhatan, mereka sudah kembali bermain bersama rakan-rakan dan menaiki sampan.

Keadaan juga menjadi seperti pesta kerana apabila seorang berkhatan, yang lain semua sibuk hendak melihat. Tidak kiralah tua atau muda, lelaki atau perempuan!

Advertisements

Mengurus Maklumat Sejarah

April 22, 2008

timeline.jpg Apabila menulis novel sejarah, tentunya ada banyak maklumat yang perlu dikumpul dan diuruskan. Antaranya adalah tarikh dan peristiwa. Ketepatan maklumat adalah penting untuk menghasilkan karya yang bermutu.

Tetapi, bukannya mudah untuk menguruskan maklumat yang banyak. Kadangkala naik juling mata melihat tarikh-tarikh itu. Maka, teknologi dapat membantu dalam hal ini. Download sahaja template Excel timeline_bargraph.xls ini dan masukkan data peristiwa-peristiwa sejarah.

Apabila data dipersembahkan secara visual, kita mungkin dapat melihat perkaitan-perkaitan baru. Contohnya, Salahuddin al-Ayubi adalah sezaman dengan jurutera ulung al-Jazari. Mungkin ada yang dapat menulis fiksyen sejarah tentang perkara ini. Juga dapat dilihat bagaimana sepanjang penguasaan Empayar Uthmaniah, Terusan Suez tidak digunakan.

Cuba fikirkan, apa terjadi jika Terusan Suez ada semasa penguasaan Empayar Uthmaniah? Ha, itu juga pencetus realiti sejarah alternatif dalam Siri Saga Empayar Kristal. Nantikan saya berteori tentang geopolitik dalam sequel Sayap Adinila!

Muslim Kemboja: Bagaimana Boleh Kita Membantu?

April 21, 2008

Dam Sbai Village

Alhamdulillah, lelah berkelana sudah hilang maka dapat kembali mencoret di blog ini. Sebelum pergi kepada laporan terperinci, ada baiknya disenaraikan dahulu keperluan-keperluan masyarakat Muslim di Kemboja. Kemudian barulah diselami satu persatu.

1. Telekung untuk muslimah

2. Sekolah

3. Guru agama

4. Bekalan elektrik untuk masjid

5. Bantuan asas makanan

6. Infrastruktur asas

7. Bantuan perubatan & bersunat

Entri-entri tentang Kemboja akan saya selang-selikan dengan entri-entri tentang penulisan seperti biasa. Bukannya apa, saya khuatir lethargy akan menukar sympathy menjadi apathy! Ya, seperti para peserta misi yang telah lali melihat anak-anak disunat!

Wajah-Wajah Kemboja

April 16, 2008

Wajah-wajah Kemboja
Riak air dipuput bayu

Wajah-wajah Kemboja
Menggamit pandangan mata

Wajah-wajah Kemboja
Wajahmu tenang bagai tasik

Wajah-wajah Kemboja
Latar hijau melengkap damai

Wajah-wajah Kemboja
Tapi tangismu sendiri

(more…)

Berkelana ke Kemboja

April 8, 2008

beg.jpgBermula esok hingga 16 April 2008 saya akan berkelana ke Kemboja. Bukannya bercuti tetapi menyertai Misi Dakwah & Kemanusiaan anjuran UIAM. Sepanjang tempoh ini, kemungkinan besar blog ini tidak akan dikemaskini. Paling awal adalah 14 April apabila kami akan melawat Siam Reap sebelum bertolak pulang. Selebihnya, kami akan berada di Batambang.

Coretan Pesta Buku

April 8, 2008

Semalam sekali lagi saya berkunjung ke Pesta Buku dengan tujuan utama untuk berjumpa rakan-rakan dan melawat gerai-gerai lain. Sampai sahaja di gerai PTS, Iwan sudah menyuruh saya dan Cik Firdaus ke kedai makan bersama Pn. Ainon. Selesai makan bersama tim PTS, lepak-lepak pula dengan Ted bincang tentang buku-buku fiksyen sains yang baru keluar.

Kembali ke gerai PTS, Bayan pula datang dan membeli Sayap Adinila. Pembeli kedua pula adalah Hafizi, adik Fifi. CEO ITNM yang baru juga datang berkunjung ke gerai PTS. En. Khair Ngadiron merupakan Timbalan Dekan semasa saya di Matrikulasi UIA dahulu. Sebagai sokongan terhadap anak murid, beliau turut membeli senaskhah Sayap Adinila. Terima kasih untuk anda semua yang memberi sokongan!

Sifu di Gerai
Sifu di gerai PTS

P1150531
Prof. Umi & Pn. Ainon

P1150540
Zamri tersenyum lebar

Azrul
Azrul Jaini – Penulis Fiksyen Sains PTS

Feriz Omar - PROWARIS
Feriz Omar PROWARIS turut datang berjumpa Sifu. Beliau masih ingat pertemuan kami di UIA setahun lepas.

Tuan Sabtu, Mana Buku?
Tuan Sabtu, Mana Buku?

Web Sutera
Tuan Web Sutera pun dibeduk juga oleh Sifu

Penunggu Pesta
Penunggu Pesta Buku

Kata Suara & Pesta Buku

April 7, 2008

Kata Suara Khas @ KLIBF
Pak Samad membaca petikan dari 68 Soneta Pohon Gingko

Kata Suara Khas @ KLIBF
Kumpulan ‘indie’ Usratika

Kata Suara Khas @ KLIBF
Blogger & Peminat Buku Tegar – Sharon Bakar

Kata Suara Khas @ KLIBF
Dewangga Sakti

Kata Suara Khas @ KLIBF
Syed Munawwar – “Oh, halusnya!” kata pengunjung Pesta Buku

Kuala Lumpur International Book Fair
En. Arieff & Pn. Ainon

Seharian di Pesta Buku

April 5, 2008

KL International Book Fest 2008
Bergambar dengan Pak Samad

KL International Book Fest 2008
68 Soneta Pohon Gingko

KL International Book Fest 2008
Barisan Penulis Sains & Fantasi

KL International Book Fest 2008
Pak Latip Talib

KL International Book Fest 2008
Barisan Penulis PTS

KL International Book Fest 2008
Kemeriahan di gerai PTS

KL International Book Fest 2008
Zamri promo buku terbaru Nisah Haron – Karya Kita Hak Kita

Idea Asal Sayap Adinila

April 1, 2008

Idea Notebook

Originally uploaded by Firdaus Ibnu Ariff

Sebenarnya, idea untuk menghasilkan novel Sayap Adinila sudah tersemat sejak tahun 2006 lagi. Catatan pertama tentang konsep novel ini bertarikh 2 Mac 2006 iaitu 2 tahun lepas. Entah apa yang mencetus idea ini tetapi halaman sebelumnya mencatatkan tentang Islam di China. Mungkin ada kaitan, mungkin tidak.

Apapun, konsep asal novel ini menceritakan tentang protagonis yang pergi ke angkasa lepas menggunakan gerbang ala Stargate. Dia mahu ke planet di galaksi lain tetapi sebaliknya ralat yang berlaku menyebabkan dia tersasar ke alternate-Earth.

Di alternate-Earth, manusia menggunakan kristal kuasa dan kristal tersebut hadir dalam pelbagai jenis. Kepelbagaian kristal itu bukan sahaja melambangkan kepelbagaian fungsi tetapi juga mencerminkan peribadi manusia yang pelbagai rencam. Dalam konsep asal ini, protagonis menjadi adiwira untuk menyelesaikan konflik yang berlaku dalam alternate-Earth. Perebutan kuasa antara empayar dan juga beberapa konflik dalaman.

Namun, idea ini habis dijungkirbalik semasa menghasilkan Sayap Adinila. Entah mengapa kristal-kristal elemental api, angin, udara, dan sebagainya terasa terlalu cliche. Maka, ditukar menjadi dua jenis sahaja iaitu kristal zamrud dan nilam. Konsep adiwira juga ditukar menjadi sekumpulan sahabat dan pasukan tentera elit. Konsep yang selamat cuma alternate-Earth , berlatarkan nusantara dan senjata-senjata kristal. Oh ya, kapal udara juga.