Archive for Jun 2008

Menjejak Inspirasi Penulis

Jun 30, 2008

Kali ini, saya terpilih untuk bersama-sama menjayakan program Festival Membaca 2008 untuk slot menjejak inspirasi penulis. Apabila membaca aturcara program, saya memang teruja kerana ini program pertama yang seumpamanya. Tambah pula program ini mencabar kreativiti untuk berkarya dalam ruang masa yang ditetapkan. Terima kasih kepada Fadli yang mencadangkan nama saya!

AKTIVITI MENJEJAK INSPIRASI PENULIS DENGAN  KERJASAMA GAPENA PADA 4 JULAI 2008 (JUMAAT)

1. PENGENALAN

Perpustakaan Negara Malaysia telah mengambil langkah bekerjasama dengan GAPENA untuk mengenalikan Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis sebagai salah satu pengisian sempena Festival Membaca Kebangsaan 2008 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dari 2-4 Julai 2008.

2. AKTIVITI MENJEJAK INSPIRASI PENULIS

Tarikh Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis ialah pada 4 Julai 2008 (Jumaat). GAPENA  telah memastikan seramai sepuluh orang penulis sekitar  Lembah Kelang sebagai peserta bagi aktiviti ini.

Peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan seorang pegawai dari PNM akan bertindak sebagai pengiring. Setiap kumpulan akan diberi pilihan berkarya di salah satu tempat berikut:

    1. KLCC
    2. Central Market
    3. Muzium Kesenian Islam

Karya yang telah di hasilkan dari cetusan inspirasi di lokasi terpilih akan dipersembahkan kepada penonton pada sebelah petang. Hasil karya boleh di persembahkan dalam pelbagai genre seperti cerpen, sajak, pantun, syair, lirik, skrip dsbnya.

ATURCARA  MAJLIS

8.30 pagi : Berkumpul di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak

: Minum pagi
8.45 pagi  : Taklimat di Bilik Serbaguna, Aras 1, PNM

9.00 pagi : Bertolak ke lokasi Menjejak Inspirasi Penulis

        • i)   KLCC
        • ii)  Central Market
        • iii) Muzium Kesenian Islam

12.00 tgh : Bertolak ke PWTC untuk makan tengahari

12.30 tgh-2.45 tgh   :          Solat Jumaat dan rehat
3.00 ptg.-5.00 ptg    :           Persembahan hasil Aktiviti Menjejak Inspirasi Penulis di PWTC

Sophia’s Journal: Time Warp 1857

Jun 26, 2008

Sinopsis: Novel ini mengisahkan tentang Sophia, seorang American Muslim. Dalam satu kembara bersama keluarga di Kansas, Sophia telah terjatuh ke dalam sungai lalu terdampar ke tahun 1857 – di tengah-tengah kekalutan Bleeding Kansas. Sophia terkejut dengan perhambaan yang masih berleluasa dan berusaha untuk melawannya. Baca lebih lanjut di sini

Saya terjumpa buku ini secara tidak sengaja lewat Facebook dan memang tertarik dengan premis ceritanya. Apatah lagi bila dikatakan penulisnya membuat penyelidikan yang menyeluruh tentang sejarah Amerika. Malah, resepi era 1857 turut dimuatkan dalam buku ini.

Novel ini boleh dikategorikan sebagai historical fiction atau fiksyen sains/fantasi (bergantung kepada cara Sophia sampai ke tahun 1857). Mungkin juga alternate-history kalau ada perubahan besar dalam sejarah 1857. Tentunya saya teruja kerana wujud genre sebegini dalam komuniti Muslim di luar sana.

Harganya sekitar USD10 dan diikutkan saya memang mampu membelinya. Cuma, saya tiada kad kredit untuk pembayaran. Siapa mahu tolong?

Backup Data Anda!

Jun 16, 2008

Semenjak bergiat dalam dunia penulisan, banyak kali terdengar cerita rakan-rakan penulis hilang salinan elektronik manuskrip mereka. Ada yang disebabkan kecurian, tidak kurang juga kerana pincang tugas komputer. Kehilangan manuskrip memang satu mimpi ngeri buat para penulis apatah lagi jika belum dihantar kepada editor.

Apabila diteliti, ternyata saiz dokumen elektronik sesebuah manuskrip adalah kecil sekali. Sebagai contoh, manuskrip Sayap Adinila hanyalah bersaiz 568KB – muat untuk disimpan dalam sebuah disket kuno. Oleh itu, backup manuskrip adalah satu perkara yang mudah untuk dibuat. Saya ada beberapa tips buat saudara sekalian:

  1. Emel kepada diri sendiri. Daftar satu akaun emel khas untuk menyimpan salinan manuskrip anda. Gmail adalah pilihan yang baik. Tambahan pula, anda dapat mengaksesnya di banyak tempat
  2. Gunakan program automasi untuk thumbdrive supaya backup dibuat secara automatik. Contoh: Toucan
  3. Simpan thumbdrive backup di tempat berasingan. Beg laptop adalah tempat paling buruk untuk menyimpan thumbdrive backup anda. Jika berlaku kecurian, anda akan hilang kesemuanya.
  4. Jadikan backup satu tabiat. Backup setiap kali anda melakukan perubahan besar kepada manuskrip.

Selmat menulis!

Cover Baru Sayap Adinila!

Jun 6, 2008

Alhamdulillah, novel Sayap Adinila akan diulang cetak dengan cover baru yang lebih segar. Terima kasih kepada para pembaca dan rakan-rakan yang menyokong novel ini. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga PTS yang menjadikan novel ini satu kenyataan terutamanya Pn. Ainon dan Mat Jan. Ayah, ibu dan adik-adik – terima kasih banyak-banyak atas sokongan moral dan material!

Komen tentang cover baru? Rungutan tidak ‘original’ memang akan kedengaran tetapi cover kali ini akan dapat menerangkan dengan lebih baik apa kandungan Sayap Adinila. Mata wanita di belakang mungkin mewakili watak Tengku Arafiah dan juga menunjukkan ini novel islami (merujuk kepada cover Salju Sakinah dan Ayat-ayat CInta). 😉