Archive for September 2008

Jalan-Jalan Cari Kapal

September 23, 2008

Jika anda seorang yang gilakan kapal angkasa fiksyen sains dan kapal udara fantasi, silalah berkunjung ke http://conceptships.blogspot.com/ , anda pasti akan terpesona!

Nota: Bagusnya jika dapat menggunakan khidmat illustrator-illustrator professional di blog tersebut!

Keliru Tentang Nama

September 22, 2008

Semenjak terlibat dalam dunia penulisan ini, kekeliruan tentang nama saya masih tak kunjung padam. Pada awalnya, berlaku pertukaran antara saya dengan Alif Firdaus. Hal itu sudah berkurangan tetapi kini saya asyik menerima emel yang menggelar saya sebagai Ariff dan tidak kurang juga beberapa individu yang memanggil saya sebagai Ariff. Hairan juga kerana yang membuat kesilapan itu bukanlah orang asing yang menyangka Ariff itu sebagai nama keluarga.

Lama juga saya berfikir tentang hal ini sehinggalah seorang kenalan siber berteori bahawa ada yang menyangka nama saya adalah Muhammad Firdaus Ariff bin …. dan bukannya Muhammad Firdaus bin Ariff. Masuk akal juga pendapatnya itu kerana nama penuh Alif Firdaus adalah Alif Firdaus bin Azis. Seorang lagi rakan pula mengingatkan bahawa identiti siber saya yang prominen sebelum ini adalah Ibnu Ariff jadi itu menjadi satu lagi faktor penyumbang kekeliruan ini.

Saya tidak kisah sangat orang memanggil saya sebagai Ariff sebenarnya kerana saya akan tahu orang itu mengenali saya melalui internet atau dunia penulisan! 🙂

Model 3D Galaksi Muhsinin

September 16, 2008

Sebagai promosi novel Galaksi Muhsinin karya Azrul Jaini yang baru, saya mereka semula model Lego dari blognya secara digital. Secara asasnya saya mengikut sehampir mungkin dari model yang asal tetapi diubah sedikit supaya lebih aerodinamik.

Dari R&D ke SF

September 14, 2008

Siri game Command & Conquer Red Alert memang terkenal dengan rekaan unit yang gila-gila seperti infantri psikik, sotong gergasi dan kereta kebal cahaya. Sekali imbas, rekaan itu nampak seperti fantasi semata-mata tetapi ada beberapa rekaan yang sebenarnya diasaskan daripada R&D ketenteraan sedia ada.

Sebagai contoh, Naginata Cruiser yang dikendalikan Empire of the Rising Sun dalam Red Alert 3:

Rekabentuknya memang tampak futuristik tetapi sebenarnya mempunyai banyak persamaan dengan prototaip RV Triton dalam program Future Surface Combatant oleh UK Navy dan Littoral Combat Ship oleh US Navy. Program ini telah berjalan sejak tahun 2000 lagi.

Konsep trimaran dalam kedua-dua program ini memang bagus untuk negara pesisir seperti Malaysia kerana memberi kebolehan untuk mengendalikan kapal yang besar di perairan yang cetek. Bila Malaysia hendak bangunkan kapal sebegini ya?

Cetusan Kenangan

September 9, 2008

Semoga kau bahagia di sisiNya
Diiringi doa ingatan yang tercinta
Segala jasamu membakar semangat
Serta azam mereka yang berjuang

Firdaus Ariff
8 September 2009
Terminal Putra

Baru semalam saya tercetus rasa untuk menulis serangkap lirik/puisi di atas dan hari ini saya menerima komen yang sungguh panjang dari Puan Ranofla Dianti menyatakan penghargaan kerana menulis tentang Allahyarham S. Othman Kelantan. Saya fikir komen itu sebenarnya ditujukan sebagai emel dan saya menyiarkannya semula di sini untuk tatapan semua:

Terima kasih di atas segala doa dan ucapan takziah untuk Almarhum Prof Dr. Syed Othman Syed Omar (S. Othman Kelantan). Sebagai isterinya yang menjaga segala keperluan dirinya selama 14 hari beliau di hospital, tiada lagi air mata yang bisa mengalir dan tiada lagi kata-kata yang bisa diungkapkan. Saya cukup gembira kerana setiap malam saya berada disampingnya dan dia menggenggam erat tangan saya ketika dia tidur. Ketika lapar, saya menyuapkannya dan segala kebersihannya saya yang bersihkan dengan penuh kasih sayang serta memandikannya setiap pagi.

Tiap petang pula saya akan mendukungnya dan meletakkannya di atas kerusi roda dan berjalan-jalan disekitar wad. Saya lakukan sendiri semuanya tanpa bantuan Jururawat. Kini dia telah pergi bersama Tuhannya. Saya sungguh sepi. Dan kebetulan pula filem terakhir yang kami tonton bersama sebelum beliau sakit bersama puteri kami yang berusia 6 tahun, berjudul “Sepi”.

(more…)

Transformers: Iklan General Motors & US Air Force

September 8, 2008

Secara mudahnya, begitulah rumusan tentang elemen propaganda dalam filem Transformers. Sepanjang filem itu memang dipenuhi dengan iklan (baca: propaganda) General Motors dan US Air Force. Kenapa saya katakan begitu? Mari kita kaji beberapa elemen dalam filem ini.

Pertama, hampir semua watak Autobots bertukar menjadi kenderaan keluaran General Motors kecuali Optimus Prime yang menjadi lori keluaran Peterbilt. Jenama Chevrolet, GMC, Hummer, dan Pontiac yang mewarnai watak Bumblebee, Ironhide, Ratchet dan Jazz kesemuanya adalah subsidiari General Motors. Pelik juga 4 meteor yang berterbaran di serata US boleh memilih untuk menjadi kenderaan keluaran syarikat yang sama.

Padahal dalam masa yang sama General Motors semakin kehilangan pasaran kepada pengeluar automobil dari Asia seperti Honda dan Toyota. Kenapa pula kita tidak jumpa Transformers Honda Civic atau Toyota Camry sedangkan kedua-dua model itu memang popular di US? Jawapannya – General Motors memang menaja kenderaan-kenderaan untuk filem tersebut!

 

v22 osprey

V22 Osprey

 

US Air Force juga mengambil peluang untuk mengiklankan senjata-senjata baru dalam inventori mereka seperti pesawat V22 Osprey dan F22 Raptor. V22 Osprey adalah pesawat baru dengan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL) dan pada masa itu mereka hanya mempunyai tiga buah unit. Namun, pihak USAF telah bermurah hati meminjamkan dua pesawat tersebut.

Pesawat F22 Raptor juga menjadi bintang filem tersebut sebagai watak Decepticon popular iaitu Starscream. Keupayaan penerbangan dan persenjataan pesawat itu telah ditingkatkan secara manipulasi digital sebagai stunt dan juga propaganda. 

Operasi US Air Force juga digambarkan sebagai sangat tangkas dan efisien apabila menangani ancaman Decepticon di Qatar. Mungkin mereka mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka boleh menangani kekacauan di Iraq. (Qatar merupakan pusat operasi US dalam kempen penjajahan Iraq)

Sudahlah sebelum filem bermula ditayangkan iklan, filem itu sendiri juga iklan!

Apa Itu Propaganda & Xenofobia?

September 5, 2008

Mengikut kamus istilah DBP, propaganda bermaksud: Penerangan, penyiaran, ideologi atau pendapat yang dihebahkan untuk mempengaruhi orang ramai. Istilah lama yang setara dengan propaganda adalah: diayah & dakyah.

Xenofobia pula bermaksud kebencian dan ketakutan terhadap orang asing dan pendatang.

Kedua-dua elemen propaganda & xenofobia ini sering muncul dalam karya sai-fai barat terutamanya yang melibatkan perang dan makhluk asing. Malah, ia turut muncul dalam karya fantasi dalam bentuk yang lebih halus.

Nanti kita akan kaji filem Transformers dari sudut propaganda US Air Force & General Motors!

Untuk Xenofobia pula, kita akan kaji filem Independence Day!

Pelayar Web Baru: Google Chrome

September 4, 2008

Baru-baru ini Google melancarkan pelayar web baru yang diberi nama Chrome. Google Chrome direka khusus untuk menjalankan aplikasi web seperti GMail dan Facebook. Setakat yang diuji semalam, pelayar web ini memang terasa lebih pantas. Paling penting sekali, pelayar web ini sukar untuk crash. Jika crash sekalipun, hanya satu tab sahaja akan terlibat dan tab yang lain akan berfungsi seperti biasa. Ciri-ciri yang penting apabila mencari sebegitu banyak maklumat di internet. 

Download Google Chrome

Backup Dengan Gmail

September 2, 2008

Antara perkara penting bagi seorang penulis adalah untuk backup hasil tulisannya. Dalam dunia k-ekonomi sekarang, informasi adalah kuasa dan hasil karya adalah informasi yang berharga. Sifu selalu berpesan untuk menggunakan akaun GMail untuk emel kepada diri sendiri salinan hasil karya. Kini ada cara lebih mudah iaitu menggunakan GMail Drive.

Hanya download, install, kemudian masukkan ID dan password GMail. Sekarang anda boleh salin fail masuk ke dalam GMail seperti menggunakan thumbdrive!

Era Perjuangan Sudah Bermula!

September 1, 2008

Alhamdulillah, kita bertemu lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini dan sekali lagi perjuangan memperbaiki diri bermula. Untuk menaikkan semangat, saya cadangkan agar membaca novel Galaksi Muhsinin karangan Saudara Azrul Jaini!

Nota: Bila ditanya bagaimana planet-planet dalam Galaksi Muhsinin menentukan permulaan puasa penulisnya kata masih difikirkan. Al-maklumlah terlalu banyak bulan untuk diteropong.