TwinX: Gundam Melayu?

TwinX by PAC

TwinX by PAC

TwinX adalah antara antara novel grafik dalam siri Komik-M yang diterbitkan PTS Millenia. Kehadiran TwinX memang menarik minat saya dengan premisnya sebagai novel grafik fiksyen sains. Plot cerita tertumpu kepada watak Aizam yang mewarisi sebuah robot tempur daripada nenek moyangnya.

TwinX membawa pembaca dari bumi Malaysia yang tercinta ini hinggalah ke koloni angkasa lepas jauh di masa hadapan. Namun begitu, nilai-nilai murni ‘tradisional’ masih diterapkan terutamanya gaya hidup Aizam dan keluarganya sebagai pesawah. Nilai kemanusiaan dan kekeluargaan juga masih menjadi teras lantas mengelakkan dari setting dunia apokalips.

Elemen teknologi yang dipaparkan dalam TwinX agak lapuk saya kira kerana terlalu banyak berdasarkan perkakasan masa kini. Ini menimbulkan kejanggalan kerana 100 tahun lagi kita masih pakai USB drive lagikah? Mujur sains di sebalik koloni angkasa yang dipaparkan itu agak mapan dan jambatan yang menghubungkan Malaysia Barat dengan Timur itu juga mencuri perhatian.

Klimaks cerita di mana koloni angkasa yang menjadi kampung halaman Aizam diserang dan tekad Aizam untuk menyelamatkan mereka yang tersayang terus membuatkan saya teringat kepada plot Gundam Seed. Tambah pula dengan halaman yang mebayangkan pertempuran Aizam dengan seorang lagi pemuda yang mempunyai robot serupa di siri akan datang. Terminologi yang hampir serupa juga menguatkan lagi persamaan dengan Gundam.

Tetapi, TwinX berbeza dari segi nilai yang dibawanya. Jika hero-hero Gundam hidup sebatang kara, Aizam ada keluarganya. Kisah cinta juga berbeza kerana Aizam berazam untuk melangsungkan perkahwinan dengan restu keluarga sedang Gundam membawa cerita cinta tiga segi. Saya percaya selagi TwinX membawa nilai-nilai yang tulus, ia akan menjarakkan perbandingan dengan Gundam dan menjadi siri yang teguh.

Advertisements

7 Respons to “TwinX: Gundam Melayu?”

  1. Azrul Says:

    Salam…

    Gundam Melayu… 🙂

  2. aliff mustakim Says:

    gundam melayu… hehe. lebih baik jangan letakkan nama gundam tu

  3. rabun Says:

    take time… biasak ahh kita bergerak terlalu slow dalam bidang komik ni …politikus malaysia tak banyak membantu merencanakan komik untuk jadi industri disini…influences sentiasa ada pada diri mana2 artis untuk mengolah menjadi identiti sendiri tu yg memerlukan masa…tapi sekurang2nya untuk memujudkan robot buatan malaysia adalah amat dihargai..teruskan bekarya

  4. tekong Says:

    gundam melayu =
    gundamelayu =
    gundah melayu

    haha saje je. anyway.. nice cover.. ade ala ala manga.

  5. myadlan Says:

    komik baru ke? aku da lama tak bc komik2 ni. mgkin sbb aku da besar ko. hehe..

    pdhal aku malas nk bli. nk baca free rajin la!

  6. sarah Says:

    huhu… saya nak baca sambungannya…

  7. fandi Says:

    Harap maaf, spoiler ni. Aizam sebatang kara (seluruh ahli keluarganya terkorban) diakhir buku 1. Dan memandangkan penulis, Pac menyatakan terdapat siri seterusnya, maka ia membawa nilai serupa seperti Gundam. Permulaan suatu episod “pembalasan dendam” rasa2 nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: