MS Gundam 00: Anime Sai-Fai Pasca 9/11

Siang tadi saya pergi berjumpa Wan Rausyanfikir, pemuda yang aktif menulis di majalah Milenia. Kerana saya pernah dan akan menulis lagi untuk Milenia, kiranya kami rakan semajalah juga. Bincang punya bincang, dia tanya apa yang saya nampak dalam fiksyen sains. Saya jawab banyak karya fiksyen sains membawa kritikan sosial dan politik sebenarnya. Sebagai contoh, MS Gundam 00 membawa isu-isu kontemporari yang amat relevan dalam dunia penuh bergolak kini.

Pertama sekali, konflik berkisar kepada monopoli sumber tenaga iaitu tenaga solar daripada stesen angkasa lepas. Kuasa-kuasa besar menggunakan kuasa yang bersih dan tidak terbatas ini untuk memeras negara-negara lain terutamanya yang selama ini bergantung kepada eksport minyak.

MS Gundam 00 juga membawa penonton melihat ‘keganasan’ daripada perspektif mereka yang melihatnya sebagai gerakan ‘pembebasan’. Sungguhpun berlatarkan bumi 300 tahun akan datang Ireland Utara, Sri Lanka, Amerika Latin dan Timur Tengah masih lagi bergolak. Bunyinya memang tidak masuk akal tetapi apabila difikirkan bahawa Bangsa Moro di Mindanao telah berjuang hampir 500 tahun, skrip itu nampaknya rasional.

Siri ini juga nampaknya secara langsung mengutuk tindakan unilateral Amerika Syarikat dalam ‘perang terhadap keganasan’ terutamanya prinsip ‘anda bersama kami atau anda bersama teroris’ serta tindakan menangkap siapa sahaja yang pernah berhubungan dengan teroris. Malah, penjara untuk para teroris juga digmbarkan terletak di teluk – sama seperti Guantanamo.

Menariknya, MS Gundam 00 juga telah menjangka bahawa seorang African-American akan menerajui Amerika Syarikat. Dengan kemenangan Obama, nampaknya telahan mereka itu tepat. Cuma mereka bersifat skeptikal dengan menggambarkan presiden ini tiada bezanya dengan Bush. Tentang Obama pula, kita tunggu dan lihat sahajalah.

Advertisements

6 Respons to “MS Gundam 00: Anime Sai-Fai Pasca 9/11”

  1. myadlan Says:

    MS gundam ni citer jepun ke citer US eh?

  2. Firdaus Says:

    MS Gundam adalah siri dari Studio Sunrise, Jepun tetapi dilesenkan juga oleh SciFi Channel di US.

  3. cl Says:

    MS Gundam 00 juga “berbahasa kita” di ntv7. sy pasti org singapura yg buat krn boleh cam loghat derang.

  4. Firdaus Says:

    Cl; Terima Kasih kerana memberitahu, NTV7 di rumah saya ini kelabu asap. Bila baca di forum-forum ramai yang mengadu terjemahannnya teruk.

  5. hapacrita Says:

    hoh….GUNDAM….antara santapan kegemaran aku…

  6. cl Says:

    firdaus: laa…takkan alih suaranya nak jadi macam nick@9 plak. dlm hal dubbing ni, ada kebebasan ubah sikit2 dialognya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s


%d bloggers like this: