Archive for Mac 2009

Armada Azur Berlabuh

Mac 25, 2009

Hari ini memang banyak khabar gembira yang datang. Pertama sekali, SMS dari Vovin mengatakan Armada Azur sudah masuk stor PTS. Habis sahaja kelas terus memecut ke Batu Caves untuk mengambil 10 naskah penulis. 

Novel kali ini comel sedikit fizikalnya berbanding Sayap Adinila tetapi tetap padat dengan aksi. Novel ini juga memuatkan cerita pendek yang menghubungkan Sayap Adinila dengan Armada Azur. Ceita di sebalik tabir pembikinan novel ini juga turut disertakan.

From Drop Box
From Drop Box

Stail baru gambar penulis

Berita gembira kedua adalah apabila pihak JAKIM Sarawak sudah mengesahkan tiket saya ke Kuching. Lusa saya akan terbang ke sana untuk berceramah tentang penulisan pada hari Sabtu. Pihak penganjur mengatakan bahawa peserta adalah seramai 70 yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan IPT.

 banner_muktamar-perkepis-1430h

Saya juga gembira hari ini kerana dapat belajar sesuatu yang baru dari Prof. Malik Badri tentang psikologi Islamik. Beliau juga memberi sokongan untuk terus bergiat dalam penulisan Islami dan melihatnya sebagai satu bentuk jihad.

Fuh, hari sebegini memang menaikkan semangat untuk menulis!

Advertisements

Akan Terbit: Armada Azur

Mac 18, 2009
Saga Empayar Kristal: Armada Azur

Saga Empayar Kristal: Armada Azur

Alhamdulillah, Armada Azur akan terbit tidak lama lagi bagi menyambung Saga Empayar Kristal. Mengambil tempat setahun selepas kisah dalam Sayap Adinila, konflik antara Kerajaan Angkor dan Empayar Nilam turut mengheret Pulau Azur. Malah sekutu Empayar Nilam iaitu Empayar Aziziah tidak terlepas dari terjebak dalam kancah ketamakan kuasa ini.

Nantikan preview Armada Azur tidak lama lagi.

Forward Mac

Mac 2, 2009

forward_mac Kali ini satu artikel tersiar dalam majalah Forward bertajuk Deft Dame: Kartika Affandi. Teknik lukisan beliau yang menggunakan jari memang mengagumkan saya. Seluruh hadirin semasa demonstrasi lukisan beliau di RA Fine Arts memerhatikan dengan penuh fokus seolah-olah itu sesuatu yang magikal.

Mungkin sedikit magis, tetapi Kartika Affandi menggambar objek di hadapannya dengan rasa dan emosi. Mahu tahu lebih lanjut, silalah baca dalam Forward keluaran Mac.

Artikel-artikel yang tersiar dalam Forward keluaran Februari pula telah saya upload di http://www.scribd.com/ibnuariff . Isi kandungannya sedikit berbeza daripada yang tersiar di majalah kerana versi ini tidak disentuh oleh Editor. (Editor dan penerbit memegang hakcipta tersendiri terhadap editing)