Trust You – Yuna Ito

Edisi Khas Gundam 00

Apabila Tuan Amir Husaini memberikan CD yang saya kirim dari Jepun beliau bertanya, “Untuk apa CD ini?”

Beliau agak pelik mungkin, sebab kulit hadapannya memaparkan gambar mecha tetapi tajuknya seperti lagu jiwang. CD itu sebenarnya adalah CD Single penyanyi Yuna Ito yang bertajuk Trust You edisi khas Gundam 00. Lagu Trust You merupakan lagu penutup bagi musim kedua siri anime Gundam 00.

Saya beli kerana:

1. Lirik & feel lagu tersebut memang kena dengan cerita Gundam oo.

2. Kemampuan vokal Yuna Ito memang hebat. Iyalah, boleh berduet dengan Celine Dion. (Itu satu lagi artis kegemaran saya)

3. Siri Gundam 00 memang menarik dan mapan isunya sehingga saya menonton seluruh 52 episod walhal sebelum ini saya tidak minat francais Gundam.

4. Mahu mengkaji integrasi pelbagai media serta merchandising dalam sebuah siri sai-fai.

Album ini adalah kajian kes yang menarik bagaimana pelbagai media dan harta intelek diintegrasi. Lagu Trust You adalah lagu yang kuat dan sudah mampu berdiri sendiri. Tetapi apabila dijalinkan di dalam siri anime, semakin terserlah makna dan cerita di sebalik liriknya. 

Integrasi dan sinergi ini juga meluaskan pasaran harta intelek. Di sini kita dapat lihat bagaimana lagu yang sama dapat digunakan kembali dan dipasarkan kepada dua pasaran yang berbeza. Pasaran pertama adalah peminat Yuna Ito sendiri kemudian ditambah pula dengan peminat siri Gundam 00. Kemudian, peminat Gundam 00 mungkin menjadi peminat Yuna Ito dan sebaliknya.

Lebih menarik lagi, album ini hadir dalam versi biasa dan edisi khas Gundam 00. Edisi khas Gundam 00 memuatkan trek ekstra dan juga kad watak. Harga edisi ini juga mahal sedikit iaitu 1238 yen berbanding 1165 yen untuk edisi biasa.

Edisi Biasa

Bila difikirkan, pelik juga apabila album dengan cover gambar mecha boleh dijual lebih mahal berbanding gambar seorang perempuan jelita!

Pelajari tentang asas hakcipta dan harta intelek melalui Bengkel Sehari Penulis Bebas.

Advertisements

3 Respons to “Trust You – Yuna Ito”

  1. Azree Hanifiah Says:

    Contoh paling senang, beza antara gambar potret yang diambil jurufoto lebih murah berbanding lukisan potret yang sama yang dilukis oleh pelukis.

  2. suri Says:

    Edisi Gundam menjadi lebih mahal mungkin kerana disertakan dengan kad watak yang boleh menjadi collector item pada satu masa nanti. Berbanding membeli CD penyanyi yang biasa, lebih baik beli CD penyanyi yang disertakan dengan item-item tambahan ini, walaupun sedikit mahal.

    Ah.. tapi rasanya bagi golongan otaku, foto gundam itu lebih menarik daripada foto wanita sebenar. 😉

  3. Firdaus Says:

    Azree; Contoh itu seperti kurang tepat. 😀

    Suri; Otaku mesti pilih Gundam!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: