Archive for the ‘Artikel’ Category

Forward Mei 2009

Mei 11, 2009

Forward May 2009

Pada mulanya saya fikir tiada artikel tulisan tersiar dalam majalah Forward bulan ini kerana tidak menghantar artikel baru bulan lepas. Rupa-rupanya editor menggunakan dua artikel yang saya hantar beberapa bulan lepas. Saya sendiri sudah hampir terlupa dan menyangka bahawa tulisan tersebut tidak akan disiarkan.

Apapun, dapatkan Forward bulan ini yang memuatkan dua artikel saya:

1. Art, Culture & Peace – Perjuangan keamanan melalui seni

2. Mega Project: Makkah – Projek Pembesaran Masjidil Haram

Artikel bulan lepas tentang OIC Computer Emergency Response Team pula boleh dibaca di sini.

Cerita Dari Sarawak

April 1, 2009
From Bengkel Penulisan Remaja Sarawak

Alhamdulillah, Bengkel Penulisan Remaja di Pusat Latihan Sarawak pada 28 Mac 2009 berjalan lancar. Sungguhpun pertama kali mengendalikan bengkel secara solo, pengalaman bersama Tuan Zamri Mohamad sangat membantu. Juga ucapan terima kasih khas buat Suadara Azrul Jaini yang membantu. Jika tidak kerananya, kemungkinan besar saya sudah kehilangan suara di hujung sesi 6 jam tersebut.

Secara asasnya, bengkel ini tidak jauh berbeza dari Bengkel Penulis Bebas yang dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad. Tetapi, kerana ini adalah bengkel anjuran JAKIM dan PERKEPIS maka banyak dimasukkan tentang pengaruh media dan peranannya dalam dakwah. Perbezaan kedua pula adalah para peserta terdiri dari semuda tingaktan 4 hinggalah lepasan maktab perguruan. 

Buat masa ini, saya tidak sempat berbicara panjang maka silalah melayari album gambar di sini.

forward_april

Oh ya, artikel saya tentang OIC Computer Emergency Resposne Team tersiar dalam majalah Forward keluaran April.

Forward Mac

Mac 2, 2009

forward_mac Kali ini satu artikel tersiar dalam majalah Forward bertajuk Deft Dame: Kartika Affandi. Teknik lukisan beliau yang menggunakan jari memang mengagumkan saya. Seluruh hadirin semasa demonstrasi lukisan beliau di RA Fine Arts memerhatikan dengan penuh fokus seolah-olah itu sesuatu yang magikal.

Mungkin sedikit magis, tetapi Kartika Affandi menggambar objek di hadapannya dengan rasa dan emosi. Mahu tahu lebih lanjut, silalah baca dalam Forward keluaran Mac.

Artikel-artikel yang tersiar dalam Forward keluaran Februari pula telah saya upload di http://www.scribd.com/ibnuariff . Isi kandungannya sedikit berbeza daripada yang tersiar di majalah kerana versi ini tidak disentuh oleh Editor. (Editor dan penerbit memegang hakcipta tersendiri terhadap editing)