Archive for the ‘Majalah’ Category

Naik Taraf

Mei 29, 2009
From Forward June 2009

Bulan ini saya mencapai tahap baru dalam kerjaya sebagai penulis bebas apabila tersenarai sebagai penyumbang tetap di majalah Forward. Langkah seterusnya adalah mendapatkan kolum sendiri pula!

Artikel saya dalam Forward edisi Jun 2009 adalah Istiqlal & at-Ta’awun: Independence & Tranquility.

From Forward June 2009

Ketahui cara menjadi penulis bebas dengan menyertai Bengkel Sehari Penulis Bebas.

Forward Mei 2009

Mei 11, 2009

Forward May 2009

Pada mulanya saya fikir tiada artikel tulisan tersiar dalam majalah Forward bulan ini kerana tidak menghantar artikel baru bulan lepas. Rupa-rupanya editor menggunakan dua artikel yang saya hantar beberapa bulan lepas. Saya sendiri sudah hampir terlupa dan menyangka bahawa tulisan tersebut tidak akan disiarkan.

Apapun, dapatkan Forward bulan ini yang memuatkan dua artikel saya:

1. Art, Culture & Peace – Perjuangan keamanan melalui seni

2. Mega Project: Makkah – Projek Pembesaran Masjidil Haram

Artikel bulan lepas tentang OIC Computer Emergency Response Team pula boleh dibaca di sini.

Baru Pulang Dari Tanah Jawa

April 30, 2009

Alhamdulillah, saya sudah selamat pulang dari Tanah Jawa. Secara spesifiknya saya telah berkelana ke Jakarta, Cipanas, & Bandung. Banyak pengalaman baru yang diperolehi sepanjang kelana dengan melihat tempat baru, kehidupan masyarakat dan tentu sekali buku-buku baru. 

Paling tidak, sudah 7 buah buku dibeli dalam kelana ini. Tambah pula dengan sekitar 10 buah buku yang dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Saya sambung menulis nanti, sekarang saya perlu mengejar deadline untuk menghantar artikel ke majalah Forward!

Cerita Dari Sarawak

April 1, 2009
From Bengkel Penulisan Remaja Sarawak

Alhamdulillah, Bengkel Penulisan Remaja di Pusat Latihan Sarawak pada 28 Mac 2009 berjalan lancar. Sungguhpun pertama kali mengendalikan bengkel secara solo, pengalaman bersama Tuan Zamri Mohamad sangat membantu. Juga ucapan terima kasih khas buat Suadara Azrul Jaini yang membantu. Jika tidak kerananya, kemungkinan besar saya sudah kehilangan suara di hujung sesi 6 jam tersebut.

Secara asasnya, bengkel ini tidak jauh berbeza dari Bengkel Penulis Bebas yang dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad. Tetapi, kerana ini adalah bengkel anjuran JAKIM dan PERKEPIS maka banyak dimasukkan tentang pengaruh media dan peranannya dalam dakwah. Perbezaan kedua pula adalah para peserta terdiri dari semuda tingaktan 4 hinggalah lepasan maktab perguruan. 

Buat masa ini, saya tidak sempat berbicara panjang maka silalah melayari album gambar di sini.

forward_april

Oh ya, artikel saya tentang OIC Computer Emergency Resposne Team tersiar dalam majalah Forward keluaran April.

Armada Azur Berlabuh

Mac 25, 2009

Hari ini memang banyak khabar gembira yang datang. Pertama sekali, SMS dari Vovin mengatakan Armada Azur sudah masuk stor PTS. Habis sahaja kelas terus memecut ke Batu Caves untuk mengambil 10 naskah penulis. 

Novel kali ini comel sedikit fizikalnya berbanding Sayap Adinila tetapi tetap padat dengan aksi. Novel ini juga memuatkan cerita pendek yang menghubungkan Sayap Adinila dengan Armada Azur. Ceita di sebalik tabir pembikinan novel ini juga turut disertakan.

From Drop Box
From Drop Box

Stail baru gambar penulis

Berita gembira kedua adalah apabila pihak JAKIM Sarawak sudah mengesahkan tiket saya ke Kuching. Lusa saya akan terbang ke sana untuk berceramah tentang penulisan pada hari Sabtu. Pihak penganjur mengatakan bahawa peserta adalah seramai 70 yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan IPT.

 banner_muktamar-perkepis-1430h

Saya juga gembira hari ini kerana dapat belajar sesuatu yang baru dari Prof. Malik Badri tentang psikologi Islamik. Beliau juga memberi sokongan untuk terus bergiat dalam penulisan Islami dan melihatnya sebagai satu bentuk jihad.

Fuh, hari sebegini memang menaikkan semangat untuk menulis!

Forward Mac

Mac 2, 2009

forward_mac Kali ini satu artikel tersiar dalam majalah Forward bertajuk Deft Dame: Kartika Affandi. Teknik lukisan beliau yang menggunakan jari memang mengagumkan saya. Seluruh hadirin semasa demonstrasi lukisan beliau di RA Fine Arts memerhatikan dengan penuh fokus seolah-olah itu sesuatu yang magikal.

Mungkin sedikit magis, tetapi Kartika Affandi menggambar objek di hadapannya dengan rasa dan emosi. Mahu tahu lebih lanjut, silalah baca dalam Forward keluaran Mac.

Artikel-artikel yang tersiar dalam Forward keluaran Februari pula telah saya upload di http://www.scribd.com/ibnuariff . Isi kandungannya sedikit berbeza daripada yang tersiar di majalah kerana versi ini tidak disentuh oleh Editor. (Editor dan penerbit memegang hakcipta tersendiri terhadap editing)

Seputar Kemaskini

Februari 23, 2009

saifai

Pertama sekali, terima kasih kepada Puan Kusyi Hirdan yang mengusahakan liputan dalam majalah i-Remaja bulan ini. Sesungguhnya sessi bergambar di Setiawangsa itu adalah satu pengalaman berharga. Susah juga buat photoshoot rupanya!

01-copy

Minggu ini saya akan melakukan proses proof-reading bagi novel kedua Saga Empayar Kristal iaitu Armada Azur. Kisah kali ini menyaksikan babak-babak aksi di laut dan penglibatan geo-politik yang lebih luas. Beberapa persoalan daripada Sayap Adinila juga akan terjawab.

Sementara itu, Fadli al-Akiti pula telah menulis satu resensi yang cukup mendalam bagi Sayap Adinila. Pertama kali membacanya saya sendiri rasa terharu kerana dia betul-betul memahami apa yang cuba saya sampaikan melalui novel ini. Resensi itu boleh dibaca di sini atau di sini

Saya juga telah menambah halaman baru di blog ini yang menyeneraikan penglibatan saya di dalam bidang penulisan. Maklumat lanjut boleh dibaca di sini. Gambar baru juga berganti baru di halaman profil . Terima kasih kepada Tuan Hisham Salmin yang menjadi jurufoto dan Puan Kusyi yang meminjamkan saya cermin mata untuk digayakan.

Satu Lagi Artikel!

Februari 3, 2009
From Drop Box

Sebuah lagi artikel saya tersiar di dalam Dewan Bahasa tentang topik ‘Bahasa Inggeris di India dan Filipina: Melahirkan Jaguh atau Tenaga Murah?’. Terima kasih kepada Tuan Zamri Mohamad yang membantu mencantikkan artikel ini. Juga penghargaan buat Pn. Ritah Yahya yang mengambil inisiatif menghantar salinan majalah dan surat penghargaan. Barulah rasa menjadi penulis bebas ini betul-betul professional!

Tiga Artikel di Forward

Januari 29, 2009

forward_feb_00

Cover keluaran Februari dan isu-isu utama

Syukur kerana bulan ini tersiar tiga artikel dalam majalah Forward. Ini merupakan rekod peribadi saya sebagai jumlah artikel paling banyak tersiar dalam masa sebulan, apatah lagi dalam satu majalah yang sama. Terima kasih banyak-banyak kepada Editor Pn. Zakiah Koya yang memberi kepercayaan serta wartawan Fariza Uzmat & Shahfizal Musa yang memberi sokongan.

Jika dilihat senarai artikel di bawah, ternyata bidang yang saya sentuh pelbagai ragam. Pertama tentang seni dan kemanusiaan, kedua tentang teknologi & dakwah, ketiga tentang bangunan dan sejarah pula. Mungkin agak janggal bagi seorang penulis fiksyen sains seperti saya tetapi sebenarnya saya memang mengkaji tentang kesemua bidang itu apabila menulis novel Sayap Adinila & Armada Azur.

Dapatkan majalah Forward di kedai buku berhampiran dengan harga RM5. (MPH & Kinokuniya saya pasti ada)

forward_feb_01

Melihat isu Palestin melalui kaca mata seni 

forward_feb_02

Temuramah Nazri Tekong tentang Quran PSP

dsc_0242

Menyingkap kisah di sebalik masjid-masjid

Repositori Artikel

Januari 14, 2009

scribd

Sekarang, semua artikel dan cerpen saya boleh dibaca di http://www.scribd.com/people/view/6395443-firdaus-ariff . Saya fikir, Scribd.com ini memudahkan pengurusan dokumen dan bertindak sebagai backup juga. Tambahan pula, pembaca tidak perlu download untuk membaca kerana adanya sistem viewer.

Apa lagi rakan-rakan penulis? Uploadlah karya anda yang lalu ke scribd.com!