Archive for the ‘Sejarah’ Category

Anime & Bahasa

November 21, 2008

Salah satu ciri mazhab penulisan Surah Yusuf adalah menggunakan ‘native language’ sepenuhnya sepanjang cerita. Walaupun Surah Yusuf menceritakan tentang watak-watak yang asalnya berbahasa Hebrew, kesemua dialog diterjemahkan kepada Bahasa Arab.

Setelah menonton begitu banyak anime (usah tanya berapa), ternyata kesemuanya menggunakan Bahasa Jepun sepenuhnya walaupun cerita itu settingnya adalah Britain era Victoria, Jepun feudal, Timur Tengah zaman sekarang atau planet yang jauh di masa hadapan.

Tetapi, contoh yang paling ekstrem adalah siri Code Geass yang merupakan fiksyen sains ‘alternate history’. Dalam dunia Code Geass, Britain menjadi Empayar Britannia dan menjajah Jepun untuk mendapatkan bahan galian fiksi yang digelar sakuradite. Penjajahan tidak terhad kepada penjajahan fizikal malah membuang semua budaya dan identiti Jepun.

Nama negara Jepun juga diharamkan dan dikenali sebagai Area 11 sahaja. Oleh itu, orang-orang Jepun dikenali sebagai Eleven sahaja. Oleh itu, tentunya Nihon-go atau Bahasa Jepun dihapuskan bersama. Tetapi, Code Geass tetap menggunakan Bahasa Jepun sepenuhnya walaupun bagi watak penjajah dari Brittania!

Hikayat Syah Mardan: Barongan

Oktober 9, 2008

Hikayat Syah Mardan:Barongan – DBP from tekong on Vimeo.

Projek DBP yang dilaksanakan Tekong dari Flavert Media Lab.

Sophia’s Journal: Time Warp 1857

Jun 26, 2008

Sinopsis: Novel ini mengisahkan tentang Sophia, seorang American Muslim. Dalam satu kembara bersama keluarga di Kansas, Sophia telah terjatuh ke dalam sungai lalu terdampar ke tahun 1857 – di tengah-tengah kekalutan Bleeding Kansas. Sophia terkejut dengan perhambaan yang masih berleluasa dan berusaha untuk melawannya. Baca lebih lanjut di sini

Saya terjumpa buku ini secara tidak sengaja lewat Facebook dan memang tertarik dengan premis ceritanya. Apatah lagi bila dikatakan penulisnya membuat penyelidikan yang menyeluruh tentang sejarah Amerika. Malah, resepi era 1857 turut dimuatkan dalam buku ini.

Novel ini boleh dikategorikan sebagai historical fiction atau fiksyen sains/fantasi (bergantung kepada cara Sophia sampai ke tahun 1857). Mungkin juga alternate-history kalau ada perubahan besar dalam sejarah 1857. Tentunya saya teruja kerana wujud genre sebegini dalam komuniti Muslim di luar sana.

Harganya sekitar USD10 dan diikutkan saya memang mampu membelinya. Cuma, saya tiada kad kredit untuk pembayaran. Siapa mahu tolong?

Khazanah Angkor

Mei 12, 2008

buku_angkor.jpgDalam rangka kembara ke Kemboja baru-baru ini, saya sempat juga melakukan sedikit sebanyak penyelidikan tentang sejarah Kerajaan Angkor. Sumber utama saya adalah buku The Treasures of Angkor tulisan Marilia Albanese yang saya beli di perkarangan Angkor Wat.

Dalam siri Saga Empayar Kristal, Kerajaan Angkor menjadi antagonis utama. Namun, saya belum cukup berpuas hati dengan penampilan Kerajaan Angkor dalam Sayap Adinila. Filem blockbuster ‘300’ pernah dikritik kerana tidak memberi perhatian yang secukupnya kepada pihak antagonis dan itu adalah kesilapan yang mahu dielakkan.

Setakat ini, pemilihan nama elemen-elemen Kerajaan Angkor dalam Sayap Adinila adalah betul. Tetapi, buku panduan ini menerangkan bahawa perkataan seperti Naga dan Garuda mempunyai konotasi yang berbeza dalam mitologi Angkor. Contohnya, Garuda tidak bermaksud burung yang besar tetapi bermaksud makhluk separuh manusia separuh burung. Mujur maksudnya tidak ditulis dalam buku pertama, maka dapat dibetulkan dalam novel kedua yang sedang ditulis dengan working title Pulau Azur.

Sikap kejam Kerajaan Angkor terhadap rakyatnya juga terakam dengan betul dalam Sayap Adinila dan saya bersyukur dengan ilham yang betul itu. Buku panduan ini juga memberi cadangan nama-nama yang lebih canggih dan mantap. Diharapkan bahawa novel kedua Saga Empayar Kristal akan membawa pembaca menelusuri sejarah dan mitologi Angkor dengan lebih dalam!

Mengurus Maklumat Sejarah

April 22, 2008

timeline.jpg Apabila menulis novel sejarah, tentunya ada banyak maklumat yang perlu dikumpul dan diuruskan. Antaranya adalah tarikh dan peristiwa. Ketepatan maklumat adalah penting untuk menghasilkan karya yang bermutu.

Tetapi, bukannya mudah untuk menguruskan maklumat yang banyak. Kadangkala naik juling mata melihat tarikh-tarikh itu. Maka, teknologi dapat membantu dalam hal ini. Download sahaja template Excel timeline_bargraph.xls ini dan masukkan data peristiwa-peristiwa sejarah.

Apabila data dipersembahkan secara visual, kita mungkin dapat melihat perkaitan-perkaitan baru. Contohnya, Salahuddin al-Ayubi adalah sezaman dengan jurutera ulung al-Jazari. Mungkin ada yang dapat menulis fiksyen sejarah tentang perkara ini. Juga dapat dilihat bagaimana sepanjang penguasaan Empayar Uthmaniah, Terusan Suez tidak digunakan.

Cuba fikirkan, apa terjadi jika Terusan Suez ada semasa penguasaan Empayar Uthmaniah? Ha, itu juga pencetus realiti sejarah alternatif dalam Siri Saga Empayar Kristal. Nantikan saya berteori tentang geopolitik dalam sequel Sayap Adinila!

Islam di Budapest

Mac 21, 2008

250px-budai_var.jpg

Dalam siri Saga Empayar Kristal, sejarah dunia kurun ke-16 mengambil jalan yang berbeza. Antaranya, tentera Islam tidak kalah di pintu Kota Vienna dan Budapest masih dalam genggaman umat Islam. Malah, Bandar Budin & Pest digabungkan lebih awal menjadi Budapest berbanding tarikh dalam sejarah kita iaitu pada tahun 1872. Lebih radikal lagi, Budapest adalah wilayah naungan bersama dua empayar Islam – satu dari Asia Tenggara & satu lagi merangkumi Asia Barat.

Ya, Sayap Adinila bukan sai-fai semata-mata tetapi juga menyentuh tentang alternate-history. Saya sendiri tidak pernah tahu bahawa Islam pernah bertapak di Budapest hinggalah saya terjumpa artikel di TeachIslam.com bertajuk The Remains of Islamic Budapestkarangan Faisal Bodi.

Ah, ini buat diri rasa ingin berkelana ke Budapest!