Archive for the ‘Travelog’ Category

Artikel di Majalah

Julai 7, 2008

Untuk bulan ini, dua artikel karangan saya telah tersiar dalam dua majalah terbitan MMP Communications. Satu dalam Bahasa Melayu dan sebuah lagi dalam Bahasa Inggeris.

1. Kemboja – Merentas Masa, Mensyukuri Nikmat

 

2. Soul Beat – The Art of Peter Gould (Digital Artist at Work)

Advertisements

Menulis Travelog

Mei 6, 2008

Floating Musolla

LR19, Bangunan HS, UIAM – Sabtu 3 Mei 2008

“OK, kami sudah baca contoh travelog Okinawa & Sudan ini. Memang menarik dan hidup, tetapi bagaimana kami mahu menulis coretan sebegini?”

Saya tersenyum, “Itu mudah sahaja, pertama sekali fikirkan apa peristiwa yang paling anda suka semasa di Kemboja. Tuliskan tajuknya pada sehelai kertas.”

Cepat-cepat Nurwahida menjawab, “Baik, saya mahu tulis tentang Che Tik-tik.”

“Bagus, kemudian tuliskan rangka berikut. Rakan-rakan lain yang pun ikutlah sama menulis.”

T (Tajuk) – Cerita apa nak tulis. (Contoh: Che Tik-tik)
L (Latar) – Berlaku di mana, bila, siapa yang ada (Contoh: Masjid, pagi, Dr. Dinon, Wahid & budak yang disunat)
A (Aksi) – Apa yang berlaku? (Dr. Dinon sunatkan budak, Wahid tolong)
D (Dialog) – Apa yang dikatakan oleh watak-watak yang ada (Dr. Dinon: Che tik-tik atau che klang? Wahid gelak)

Setelah sepuluh minit, saya menyoal kembali. “Sudah siap? Setiap seorang bacakan rangka cerita.”

Satu demi satu rakan-rakan yang hadir menceritkan tentang rangka cerita mereka. Ada tentang budak bisu, budak tidak dapat bersunat, dan pelbagai cerita lagi.

“Sekarang, tulis cerita berdasarkan rangka itu. Satu muka surat A4!”

Mereka mengeluh, “Apa, tulis sekarangkah? Biar kami tulis di rumah sahaja, kemudian emel.”

Salah seorang rakan menokok, “Aku tidak berbakatlah, tatabahasa pun tunggang-langgang lagi.”

“Tulis sahajalah – tulisan yang kurang cantik boleh diedit, tapi tiada tulisan tidak dapat buat apa-apa. Cepat, kita perlu tunjuk hasil pada Puan Martinelli, dia sudah beri duit untuk kita belanja makan tengahari ini. Tidak baiklah kita makan percuma begitu sahaja.”

“Baiklah, kau yang mengajar itu pun tulis juga. Jangan asyik mengarah sahaja!”

Nota kaki: Terima kasih kepada Pn. Ainon & Prof. Umi Ngah yang memberi ilham mengadakan bengkel mini. Juga kepada Tuan Alang & MBA kerana menulis travelog yang sungguh menarik!