Archive for the ‘TV’ Category

Spin-Off

Julai 6, 2007

250px-stargate_atlantis_intro.jpg 250px-stargate_sg-1_season_9_title.jpg

Entri kali ini masih lagi tentang hubungan antara dua siri. Peminat-peminat Stargate tentunya dapat meneka apa yang dimaksudkan melalui imej di atas.

Spin-off dalam media bermaksud mengahsilkan sesuatu karya berdasarkan siri yang sedia ada. Stargate Atlantis misalnya adalah spin-off dari Stargate SG-1. Konsep pengembaraan galaksi masih dikekalkan, cuma dibawa pula ke galaksi lain dan mempunyai lebih banyak penglibatan saintis dan orang awam. Stargate SG-1 lebih bercorak ketenteraan.

Ada juga spin-off yang dibuat berdasarkan satu watak daripada siri asal. Contohnya siri Angel yang merupakan spin-off dari siri Buffy the Vampire Slayer. Di sini, watak Angel dapat dikembangkan lagi.

Apabila spin-off dilakukan, maka wujud cross-over dan cameo. Watak-watak dari siri SG-1 banyak berinteraksi dengan watak-watak dalam Atlantis. Kedua-dua siri ini berkongsi backstory yang sama dan peristiwa yang berlaku dalam satu siri boleh mempengaruhi siri yang satu lagi. Ada juga perpindahan watak yang berlaku. Dengar-dengar, Samantha Carter dari SG-1 akan berpindah ke Atlantis untuk musim ke-4.

Siri spin-off boleh berjalan serentak dengan siri asal seperti SG-1 dan Atlantis. Ataupun, siri spin-off bermula selepas siri asal tamat seperti Cory in the House yang merupakan spin-off siri That’s So Raven.

Ada juga spin-off dalaman di mana satu episod dikhususkan untuk satu watak itu sahaja. Ini boleh membantu membangunkan sesuatu watak. Mungkin juga, sebagai persediaan untuk satu siri spin-off pula.

Spin-off juga boleh digunakan dalam novel dan penulisan!