Kembalikan Senyuman Itu

Kembalikan Senyuman Itu (Terjemahan Bahasa Melayu)

Di sebuah negara yang diganasi perang seorang gadis terpisah daripada adik lelakinya. Hilang sejak 6 bulan yang lalu, dia membayangkan yang terburuk – bahawa adiknya yang disayangi dan dikasihi sepenuh hati telah ditembak mati oleh musuh. Hendak melihat pintu bilik adiknya pun tidak sanggup. Mindanya teringat-ingat bagaimana adiknya akan keluar dari bilik itu, memberi salam kepada semua orang dan teruja untuk belajar perkara-perkara baru.Senyumnya, ketawanya, tenaganya – semua itu sangat dirinduinya. Kepedihan di hatinya begitu besar sehingga senyuman mula pudar daripada wajahnya. Satu hari, senyumannya hilang. Bersama suara dan kekuatan untuk hidup.

Dia lihat sepasukan askar datang, tetapi bukan askar-askar musuh. Mereka adalah pasukan pengaman dan pekerja bantuan. Askar-askar itu kelihatan seperti mencari sesuatu, menggunakan alat yang tampak seperti pengesan jerangkap samar. Hairan, tempat itu telah dibersihkan daripada jerangkap samar minggu lepas. Kemudian askar-askar itu mula menggali. Bukan setakat seorang dua tetapi keseluruhan skuad itu dengan dibantu jentera berat. Semakin dalam mereka menggali barulah dia sedar apa yang dilakukan askar-askar itu. Mereka sedar membongkar sebuah kubur yang besar, bukti kerakusan musuh.

Banyak mayat dijumpai. Baunya menusuk hidung. Mayat-mayat bertimbun seperti akar pokok yang mati.

“Adikku adalah salah seorang daripada mereka,” katanya kepada diri sendiri.

Itu menyeksa jiwanya.

Askar-askar itu bekerja siang dan malam untuk mengenalpasti setiap mayat. Dengan menggunakan segala peralatan dan maklumat yang ada untuk meletakkan nama pada setiap tubuh yang tak bernyawa.

Seperti dijangka, ketakutannya menjadi nyata. Berita itu menghempapnya bagai gunung yang runtuh. Dirinya terasa terumbang-ambing. Dia kehilangan sebab untuk hidup, dunia kini tidak bermakna lagi.

Askar-askar itu bersimpati dengannya tetapi tidak mampu membantu dalam soal hati. Untuk mengucapkan takziah kepadanya pun tidak mampu kerana mereka tidak bertutur bahasa yang sama. Kemudian datang sebuah pasukan bantuan yang kecil, bukan aksar-askar tetapi sukarelawan. Askar-askar itu berjumpa dengan pasukan itu dan bertanya, “Ada tak pakar psiakatri di kalangan kamu?”.

Ketua pasukan itu menunjukkan pakar psiakatri mereka – seorang doktor. Askar itu menceritakan kisah gadis itu dan membawa doktor itu kepadanya.

Doktor itu juga tidak bertutur bahasa yang sama dengan gadis itu tetapi berkongsi agama yang sama dengannya. Itu lebih baik daripada askar-askar yang langsung tidak mempunyai persamaan dengannya. Doktor itu berbicara kepadanya melalui seorang penterjermah, seorang saudara yang pengajian ijazahnya terhenti kerana perang. Penterjermah itu bukan sahaja menyampaikan kata-kata daripada doktor itu kepada gadis itu dan sebaliknya. Malah bersama dengan emosi. Doktor itu mengingatkan untuk berpegang utuh kepada Tuhan, serta mengapa dia harus terus tabah menempuhi hidup.

Itu mula membuka pintu hatinya. Dia senyum kembali setelah berbulan-bulan tanpa senyuman.

Doktor itu bersyukur kepada Allah, gembira bahawa dia telah membantu untuk mengembalikan sebuah senyuman, dan sebuah kehidupan.

 

Cerita ini ditulis berdasarkan kisah yang disampaikan oleh Dr. Azhar Abd. Aziz dari MERCY Malaysia di IIUM Kuantan pada 4 Julai 2007

Bring Back the Smile (Original English Edition)

In a war torn country a sister was separated from his younger brother. Been missing for 6 months she feared the worst – his brother, the one she cared for and loved the most is shot dead by the enemy. She can’t even bear to see the door of his brother’s room. Her mind keep recalling how his brother would happily come out of it, greet everybody and eager to learn new things. His smile, his laughter, his energy – she sorely miss it. The pain is so much that smile began to fade from her face. One day, her smile was gone. Together with her voice and her will to live.

She saw troops coming, but it is not the enemies. They are peacekeepers and relief workers. The troops seems to be looking for something, using devices that looks like mine detectors. But that’s odd as the place have been cleared of mines last week. Then the troops started digging. Not just a few troop but almost the whole squad together with machinery. As they dig deeper and deeper only then she realize what they are doing. They are digging a mass grave, a proof of the enemy’s ruthlessness.

Lots of bodies are uncovered. The stench unbearable. The bodies wrangled like vines of a writhing tree.

“My brother is one of them,” she said to herself.

That breaks her heart.

The troops worked round the clock to identify each body. Using whatever tools and information that they have to put a name to the lifeless bodies.

True enough, her fears come true. The news hit her like a rushing train. She felt herself being knocked out of this world. She lost the reason to live, the world is meaningless to her.

The troops symphatize her but they are hapless in the matters of the heart. They can’t even say soothing words to her as they don’t speak her language. Then come a small relief team, not troops but an NGO. The troops meet up with the group and asked, “Do you have a psychiatrist among you?”.

The group leader pointed to the team psychiatrist – a doctor. The troop told him of the story of the girl and then bring the doctor to her.

The doctor also don’t speak the girl’s language yet he shared the same faith as her. As opposed to the troops whom doesn’t have anything in common with her. The doctor counselled her through an interpreter, a fellow sister whom her study for a degree halted because of the war. The interpreter not only convey the words from the doctor to the girl and vice versa but also together with the emotions. The doctor reminds her to hold fast to God, and the reasons why she must go on with life.

That opened her heart a little. She began to smile again after months without any smile.

The doctor thanked Allah, grateful that he helped to bring back a smile, and a life.

———————————————————————————————————————
Based on a story shared by Dr. Azhar Abd. Aziz of MERCY Malaysia at IIUM Kuantan on 4th July 2006.

Advertisements

3 Respons to “Kembalikan Senyuman Itu”

  1. zaffan Says:

    salam..nice story…mtk izin..nak share di iluvislam.com

    jzkk

  2. fuyuki Says:

    touching..
    appreciate people around u before they’re gone..

  3. Kitar Semula Artikel at Studio Inspirasi Says:

    […] tahu bahawa artikel yang kita tulis lama dahulu akan menimbulkan minat semula. Cerpen saya ‘Kembalikan Senyuman Itu‘ tiba-tiba diangkat oleh portal iluvislam.com semalam dan menarik lebih ramai pembaca […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: